Cara make up paling mudah dengan MUA Hayati

Ini kali ketiga aku masuk kelas make up, gigih nak belajar tau sbb aku dulu aku memang tak reti lansung nak jaga muka.  Tak reti jaga maksud aku, penjagaan kulit dan juga make up make up nih. Cara make up paling mudah yang aku dapat pelajari dalam Inspire Make up class ini.

Tapi kali ini aku serius, aku sendiri  tak percaya masuk kelas dengan MUA Hayati ni aku boleh make up macam yang aku idamkan, memang mudah betul rupanya.

Kalau tengok di youtube kan, macam berlayer layer kena tepek. Pendekatan kali ini memang berbeza. sap sap soi orang cakap. Ini lah yang buat aku terkejut

Buat pertama kali juga aku mengenakan cream foundation, selama hari ini aku hanya pakai liquid foundation sahaja. Kerisauan aku sebab takut dia melekat di muka dan jadi jerawat. hahahha ini teori aku … pandai je kan.

Sekali lagi sangkaan aku salah. Elok molek jer letak dimuka. Tapi of course dengan teknik yang betul MUA ni ajar. Sebelum ni sembrono jer  pandai pandai sendiri jer.

 

 

Cara make up paling mudah, step yang simple sangat

  1. Primer – Burbery
  2. Pembentukan kening
  3. Concealer di bahagian kening
  4. Foundation – Naturactor
  5. Shading – Tak nak buat pun tak apa
  6. Loose powder – Naturactor – letakan jadi tapung komak kat muka tu
  7. Eye shadow
  8. Blusher
  9. lisptick
Cara make up paling mudah

Nampak dah span bulat tu… Rega Rm30, osem oitt pakai span nih.

 

Haa.. mak aih .. gila senang sahaja. katanya ini sesuai untuk make up harian. Dia sendiri ambil masa dalam 15 mins sahaja nak make up kalau nak kelauar. Berbanding dengan aku hahah terkedek kedek. Cuma masa dia ajar ni of course lah ambik masa sikit, terutamanya geng semua bukan kaki make up macam aku and nina nih.. haha lucu betul.

Cuba korang tengok balik steps yang aku pernah share dalam entri sebelum ini. entri  belajar make up  dengan MUA yang lain. hahahah banyakkan steps dia. Gila cuak aku masuk kelas tu sebab tak terkejar. Or maybe sebab masa tu adalah kali pertama.

Kesimpulannya lain MUA lain caranya. Lagi banyak tempat korang pergi belajar confirm lagi banyak ilmu yang korang akan belajar. Practise make perfect maybe, dari kali pertama aku belajar berbanding yang ini aku terasa senang. Maybe lah kan

Nasib baik aku datang juga kelas Make up super mudah ini.

Memang nasib baik, sebab aku hampir tak dapat join sebab ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kalau tak datang memang menyesal hahah. Berbaloi baloi kelas ni

MUA yang kita orang join ini dikenali nama dengan mak andam kiri, atau nama sebenarnya Hayati hashim.  Walaupun umur lebih kurang aku tapi memang aku suka tengok penampilan kak yati, kulit cantik, badan pun slim jer. Rupanya selain dari make up dan mengandam  ada juga mengajar grooming.

 

Cara make up paling mudah

Cantikkan kak yati ni

 

Dalam kelas ini dia ajar kita orang pakai produk naturactor. Memang dah pernah dengar produk Jepun ni, memang femes tapi tak pernah cuba. Surprisingly foundation dia memang cantik letak kat muka.  Terus nampak glowing.

Yang best tu, span yang MUA bagi pakai ni memang senang untuk di dap dap…terus blend satu muka. Bukan span telur tu. Kami pakat terkejutlah. Kata kak yati span ini dari german, sedikit mahal tapi boleh tahan bertahun.  Tapi okay sangat sebab harganya dalm RM30

Kami terus pakat order sebab terlampau impressed dengan diri sendiri hahaha. Selama hari ni aku rasa make up tak pernah elok pun

Kenapa kelas make up ini best?

Kelas ini mengambil masa hampir 3 jam. Berbanding dengan kelas lain, kak yati ini betul betul ajar step by step setiap satu.  Maksud aku dia masih menggunakan model dihadapan, tapi setiap satu teknik tersebut kami akan buat di muka sendiri dan dia tidak akan proceed proses seterusnya sekiranya kami belum siap.

Satu teknik dah okay, semua dah paham dan ada sesi soal jawab dan bila kami semua ni dah clear baru dia ajar part yang lain pula.

Sebelum ini kelas make up yang aku hadir tu, dia siapkan model yang ada tu dari mula sampai habis. Bila nak sampai praktikal kami dah lupa hahahah.. itu aku lah yer. Main agak agak sahaja.

 

Cara make up paling mudah

Dah macam alien dah sensorang aku tgk .. hahah

Semasa kelas Make up dengan MUA ini yang bestnya dia ada pembantu yang assist kita orang dalam masa yang sama.

Kelas ini sangat kondusif bagi aku, jadi hampir kesemua kami boleh make up di akhir kelas. Semua macam tak percaya okay.. tak percaya dengan diri sendiri. Padahal ada diantara kami ni beauty blogger yang banyak mencuba pelbagai produk kecantikan apa lagi tergedik gedik lah kami push kak yati dapatkan produk ini yang dia pakai masa kelas ini .

Kesimpulannya kalau betul teknik dan berguru memang jadi senang. Dok berguru kat youtube memang boleh tapi tiada orang yang tegur. Macam aku aritu aku belajar satu benda yang paling penting semasa aku cuba nak bentukkan kening. Barulah paham kening rendah dan kening tinggi hahaha. seronok bila belajar melalu kesilapan ni. Terus aku paham.

Yang penting korang kena rajin tanya why like this.. why like that.

Kelas kami memang dalam keadaan santai. Walaupun bilik agak kecil tapi yang best cermin besar kat depan tu haa.  Bising dengan gelak tawa kami bila sesiapa sahaja  silap dalam proses nak siapkan make up tersebut.  Mua kak yati pun boleh tahan kelakar orangnya. Senyum sahaja masa mengajar. It was fun, team yang belajar pun semua sporting.

Banyak tips yang aku dapat dan dapat menjawab permasalahan yang aku tak faham selama hari ini.

Banyak tips rahsia yang MUA ni kongsikan dengan kita orang. Korang kena join kelas dia baru korang tahu, kalau aku cerita semua abislah MUA ni nak cari makan. Tapi kalau aku cerita pun mesej mungkin tak sampai sepenuhnya hahaha..

Okaylah aku share tips simple yang aku dapat

  1. Cream Foundation – pakai span lebih elok and blend
  2. Liquid Foundation – pakai berus
  3. Pembentukan Eye line – tak payah buat line terus, buat dari kiri ke tengah, lepas tu kanan ke tengah
  4. Loose powder tu biarkan penuh tepung komak, lepas tu last kali baru brush rata

nak lagi? hahaha korang  kenalah join kelas kak yati ni.

Jadi, aku memang amat amat menggalakan korang join kelas dia sebab aku puas hati sangat. Balik rumah abam tengok pun cakap natural jer gitu.

Cara make up paling mudah

kemain kan semua

Lamar Wedding & Event Management
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves

📱Yati: www.wasap.my/60174562645
🌎Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh

FB: https://www.facebook.com/lamarwedding/
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/
FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100009198164901
Catwalk Class: https://www.facebook.com/InspireWithinFan/

👰Wedding planner, Event Management, Catering, Modelling Agency, Catwalk Class, Make-Up Class, Spa etc.-apa nanti korang contact sendiri kak Hayati eh…

4 Comments

  1. Nina Mirza January 11, 2019
  2. Mak andam kiri January 12, 2019
  3. farah wahida putra January 12, 2019
  4. ina January 12, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: