Lega dah tau cara kira Zakat ASB

Aku amik loan ASB ni tahun sejak tahun 2016. Maknanya aku dah dapat dividen sejak tahun 2017, dan ini adalah tahun ke 3 aku dapat dividen. Fuh! tapi tahun ini aku lega sebab aku dah tahu cara kira zakat ASB.

 

cara kira zakat ASB

Aku pergi ke cawangan puchong.untuk dapat penjelasan

 

Banyak blog yang aku refer untuk pembayaran zakat ASB ini antaranya  Jom Urus Duit.  dan juga www.afyan.com tapi aku masih rasa tak puas hati. Dan kebetulan aku antara orang dalam projek CSR Zakat  dan kelab KBBA so aku pun ambik peluang untuk bertanyakan terus cara kiraan sebenar khas untuk zakat ASB

Katanya senang jer, pergi sahaja ke pusat zakat bawak statement sebab hanya 69 % sahaja dari dividen yang akan dikenakan zakat. Wah… ini benda baru sebab info ini aku tak dapat pun dari kedua dua blog tersebut.

Jeng jeng..maka awal tahun baru ini serabut aku bertambahlah balik. Sebab ingat follow macam dalam blog tu sahaja, ini info baru yang aku nak kena hadam and paham pulak. 

Selagi tak settle  bak kata kawan aku, abislah kena tibai kat bawah tu .. huhuhu…  mau tak takut kan. (kami memang selalu seloroh begini)

 

Bayar Zakat secara online

Selalu bagaimana korang bayar zakat? Zakat ni ada macam macam yer kawan-kawan. Zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan juga zakat simpanan. huihh.. baik korang settle awal. Kalau tidak akan jadi penyakit kedekut and susah nak keluar duit. ( baik ngaku hehehe)

Korang boleh refer mana mana web zakat untuk pembayaran zakat tersebut. Tapi part ASBF ni tak adalah pulak. So itu yang aku keliru sungguh.

Sebenarnya paling senang korang bayar secara online. Senang sangat aih.  Untuk kes aku, memang zakat pendapatan dah potong gaji siap siap, tapi aku ni lalai sikit kadang kadang sebab lupa nak tambah potongan bila gaji dah naik. ( macam lah selalu naik gaji hahahah)

Tetapi, heheh siap ada tapi pulak yer, aku suka top up nilai kekurangan tersebut setiap bulan puasa. hehehe kan bulan penuh baraqah tu.

Tapi.. 2018 ni aku terlupa .. dan nasib baik aku sempat buat sebelum tahun 2018 berakhir. Sebabnya untuk aku masukkan nilai dalam income tax nanti. Korang tau kan?? Jangan tak tahu  zakat fidyah pun orang masukkan dalam rebat  income tax tu tau.

Macam aku selalunya bayar di zakat selangor sebab aku tinggal di kawasan selangor.

Cara kira Zakat ASB

Jadi, aku pun pergilah ke pejabat zakat selangor di Puchong sepertimana yang dicadangkan. Yang aku faham dari ke dua blog di atas tu untuk mereka yang ambik loan Financing ASBF  berkenaan isu zakat ini pula terbahagi kepada 2.

  1. Rolling semula keuntungan untuk bayaran bulanan
  2. Tidak mengambil keuntungan tetapi membayar komitmen bulanan melalui gaji

Kedua dua nya ada perbezaan yang ketara.  Jadi apa yang akan aku kongsikan disini adalah mengikut scale aku. Yakni yang no 2 tu. Aku memang tidak rolling keuntungan tersebut sebab aku buat ini sebagai force saving untuk aku. Jadi kalau korang nak tahu pasal yang no 1. tu boleh refer entri blog tersebut yer.

Alhamdulillah aku survive untuk 3 tahun ini walaupun kena bayar hampir $ setiap bulan untuk ASB. Ini sebabnya aku dah habis bayar rumah, kalau aku tak buat macam ni mesti duit aku hilang tanpa di kesan hahaha..

Maklumlah dah tua kenalah menyimpan. Amaun ini kira sikit jika dibandinglan dengan orang lain tau.

Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5% .

Kawan aku pun Ada call customer service centre katanya  ini adalah kiraan terbaru setelah ASB ini sah bawah syariah  yang bermula dari tahun 2016

Contoh Cara kira zakat ASB untuk kes ASBF 200k dan tambahan cash sendiri

  • Tahun bermula ASBF RM200,000 + RM14,000 (cash sendiri)
  • Tahun kedua (ada keuntungan), jadi kena zakat kalau lebih nisab
  • Cash (RM14,000 x 2.5%) + Keuntungan  ASBF (RM15,000 x 69% x 2.5%) = Jumlah kena zakat
  • 200k itu hanya sijil dan bukan pemilikan penuh. Tak payah bayar zakat sampailah kita surrender nanti.
  • If tiada cash dlm asb, so zakat atas dividen sahaja. If ada letak cash 2k, kan bawah nisab so x payah lah.
  • Tapi utk zakat simpanan bank lain korang kena refer cara di portal zakat yer.

kan aku dah cakap awal awal tadi, 69% sahaja dikenakan zakat atas dividen bukan kesemuanya yer. Sebenarnya aku dah  letak formula dalam Excel tapi tak tahu macam mana nak share dengan korang kalau berminat. Masuk sahaja amount dalam cell yang setkan tu. (nanti aku pikir caranya yer)

 

cara kira zakat ASB

Pengiraan untuk cash + ASBF 200k

 

So aku bahagi siap -siap antara amount cash yang aku masukkan awal awal dahulu  dan juga satu bahagian lagi dividen tersebut . Tetapi Jumlah zakat yang aku keluarkan adalah dari portion duit cash + Dividen/pendpatan asb yer.

Aku harap korang paham apa yang aku tulis nih. huhuhu.

Kalau korang tak ada cash, boleh lah ignore sahaja bahagian biru tersebut.  Mungkin korang bawa keluar keuntungan itu kan. macam aku, sengaja biarkan dia beranak cucu kat dalam tu. Jangan nak PM nak pinjam pulak, aku sendiri pun tak boleh pinjam duit ni hahahah.. sorry guys.

Aku malas nak cakap pasal hukum ASB ni, sebab aku bukan lah pakar. Tapi boleh refer di https://gilahartanah.com/hukum-pelaburan-asb/ untuk mengetahui pendapat  ASB. Cuma aku pegang salah satu pandangan dalam entri ni

ASB ‘harus,’ tapi perlu dibersihkan sebahagian dividen

  • Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.
  • Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.
  • Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.

 

Nak cakap kelebihan zakat ni aku rasa korang pun dah paham kan. Malas nak cakap banyak . Tapi sebagai orang islam kita jalankan tanggungjawab kita. Makin banyak memberi makin banyak yang akan datang . Insyallah

lagi satu aku nak pesan kita kena plan our financial wisely.. tak banyak pun sikit. Kena juga tau.. (sekian khidmat masyarakat) hahaha

One Response

  1. ina azlina February 1, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: