Cabaran di e channel NegaraUmmph TV

Korang, aku baru sahaja hantar satu video yang memang UMPPHHHH... hehehe walaupun tak mencapai tahap AF atau Malaysian Idol tapi ini sesuatu yang berkaitan dengan  Hari Kebangsaan 2018 kita. Korang kena tahu pasal NegaraUmmph TVni.

Tahun ni memang special sikitlah bagi aku, dengan pucuk pimpinan baru ianya seolah Nafas baru untuk rakyat Malaysia kan dan aku memang sokong program seperti ini. psst.. aku memang seorang yang patriotik tau.. tengok perbarisan hari merdeka pun boleh meremang bulu roma hahaha.

 

NegaraUmmph TV

bawa anak pergi tgk Perbarisan hari kemerdekaan tahun 2015 rasanya nih

 

Jadi, sebab itulah aku sokong 100% program macam ni, sebab ianya bagus untuk menaikan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia tak kiralah Melayu, Cina, India, atau lain lain.

 

BACA : Tempat menarik di Selangor

 

Program NegaraUmmph TV ini adalah adalah satu echannel yang akan berlansung terus menerus  selama 24 jam pada hari kemerdekaan kita nanti iaitu pada 31 Ogos 2018. So nama pun gah haruslah ianya berkaitan dengan Negaraku, dimana ia akan memaparkan wajah wajah rakyat Malaysia yang ceria dan gembira menyanyikan lagu Negaraku.

So apa yang kita perlu buat hanyalah ambil video dan submit. Tadaa… simple sahaja.

 

Bagaimana anda boleh turut serta dalam cabaran NegaraUmmph TV

Semua Handphone dah boleh buat rakaman video kan, tapi sebaiknya ambillah dengan pencahayaan yang baik baru lah jelas muka tu .. biarlah satu Malaysia nampak gitu. Kalau ada Mic pun bagus juga.

Nyanyilah dengan bangga tau. Tak kiralah bersama sahabat handai atau keluarga kalau nak menggunakan instrumen musik pun boleh. Amat digalakkan. Macam aku heheh aku paksa anak dan husband join sekali.  Seronok oit. kelakar pun ada juga sebab aku selalu ke laut. Bila dengar balik malu pun ada tapi demi negara apa salahnya.

Tak kiralah korang berada di mana, di Malaysia atau di Luar Negara, janji ada internet dan boleh masuk ke laman web NegaraUmmph TV

 

NegaraUmmph TV

Baper kali take daaaa.

Cara menyertai NegaraUmmph TV

  • Langkah 1: Pergi ke http://negaraummph.tv/
  • Langkah 2: Rakamlah Lagu Negaraku dengan versi tersendiri
  • Langkah 3: Klik hantar
  • Langkah 4 : Tunggu sahaja video korang live dengan jutaan rakyat malaysia yang lain pada 31 Ogos nanti.
NegaraUmmph TV

korang boleh upload atau terus record sahaja nanti

 

Tak kisah lah korang nak humming atau macamana sekali pun janji bunyi lagu Negaraku tau. Jangan  jadi lagu negara lain pulak hahaha.. tapi yang pasti, korang kena pastikan ianya UMMMPH.. .and penuh semangat. Lepas tu nak best lagi apa kata korang share di sosial media so kawan kawan pun boleh tahu program ini, kita kasi Viral lah… Takkan nak femes sorang sorang jer hahaha.

Eh.. maksud apa kata kita kongsikan positif vibe macam ni. Jom kita kuatkan semangat rakyat Malaysia bersamaNegaraUmmph TV.

TQ BOH untuk idea yang brilliant macam ni.

 

 

One Response

  1. Nami September 16, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!