Buffet ramadhan PNB Perdana

Kalau sesiapa yang berada di tengah kota bandar, korang boleh intai intai untuk mencuba menu Buffet Ramadhan PNB Perdana on the park . Alhamdulillah semalam, aku dan family berpeluang untuk berbuka puasa di sini.

PNB Perdana sebenarnya menawarkan 2 tempat untuk berbuka puasa iaitu 39 Restaurant dan di Restoran 10 binjai dengan tema Nostalgia Ramadan.  Kedua dua nya menawarkan menu yang berbeza tapi kami memilih untuk ke 39 Restaurant kerana teringin menikmati KL skyline di waktu malam. 2 In 1 gitew.

Yang pastinya seleksi menu yang mampu membangkitkan selera kita, terdiri dari pelbagai variasi menu ramadhan bufet antaranya ialah menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong LemakCili Padi dan Kacang Panjang goreng taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.

Disamping itu, aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya korang pun akan merasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Biasalah kan, kalau dah bulan ramadhan ni mata pandang semua makanan sedap jer, dan memang aku menahan air liur sahaja sewaktu pusing-pusing di kawasan buffet line.

BACA : Korang boleh baca SENARAI BUFFET RAMADHAN 2018 untuk kuala lumpur dan Selangor

Tapi korang perasankan makanan ni pun macam jatuh cinta pandang pertama. hahah.. sekali aku lihat dah tau apa yang nak terkam. Dalam hati tak sabar jer nak makan.

Buffet Ramadhan PNB Perdana

aduii lupa nak makan yang ini laaa

Buffet Ramadhan PNB Perdana

Kita mulakan dengan bismillah. Nampak tak gulai kawah daging kat pinggan aku tu heheh.. nasi sikit.. lauk banyak

Pilihan Modernmumthingy

Macam aku cakap laa, semua sedap mata memandang, tapi mata aku ni dok terpaku tengok 3 makanan utama. Kebetulan kedua duanya dihidang bersebelahan. Aku tau kebanyakan orang  pasti akan terkam  Grilled lamb. Di sini pun ada juga, tapi disebabkan kebanyakkan hotel menawarkan grilled lamb aku prefer mencari kelaianan

  1. Gulai Kawah Kambing
  2. Kari Kepala Ikan
  3. Sup Gear Box

Aku mulakan dengan nasi dan gulai kawah, sedap betul kuahnya. Mesra  sangat kuah dengan daging. Tapi, Tak puas hati lepas tu  aku makan lagi, aku ambil lemang dan ketupat cicah dengan gulai kawah ini. hahaha…

Rupa-rupanya Abam  pun ada  perasaan yang sama,  selepas dia lihat aku balun baik punya dengan nasi dan gulai kawah tu dia terus ambil semangkuk Gulai kawah daging ini tanpa makan nasi. hahahah… lagi puas katanya.

Perut dah kenyang ni, tapi aku dok pikir pikir memang menyesal kalau tak ambil kari kepala ikan pulak. Perghhh.. nasib baik ambik. Sebab memang sedap. Betul la firasat aku .. chewah.

Buffet Ramadhan PNB Perdana

haa tengok kari kepala ikan ni.. sib baik aku makan

Sebenarnya semasa makan nasi tu aku siap ambil terus semangkuk kecil sup gear box untuk makan beramai-ramai. Memang terbaek lah sebab selain tu boleh dicampur dengan bahan lain seperti perut, daging dan ayam juga.

Buffet Ramadhan PNB Perdana

Iman pula ada favourite nya sendiri. 3 kali ulang ambil Popia goreng pedas. 3 kali tau.. so apa lagi kami pun turut sama “pow” pinggan dia yang penuh dengan popia tu. Iman ni, boleh tahan taste dia. Agaknya sebab kami ni memang food hunter jadi dia boleh bezakan mana yang betul best dan biasa biasa sahaja. So betulla pilihan dia sebab kami pun rasa enak bangat! hahah

Buffet Ramadhan PNB Perdana

ni round 3. Pipi pun nampak bulat dah tu iman

Kemudahan semasa Buffet ramadhan PNB Perdana

Sewaktu aku sibuk sibuk memilih makan untuk berbuka puasa , aku dengar alunan zikir yang sedap  didengar. Tekaan asal aku ingatkan pihak hotel buka siaran radio, rupanya ada ustaz yang berada di satu sudut berzikir dan memberikan tazkirah kepada pengunjung.

Buffet Ramadhan PNB Perdana

Ustaz tersebut adalah ustaz2 yang akan mengimamkan di Masjid Assyakirin KLCC dan pihak Hotel PNB Perdana pula berbesar hati menaja penginapan mereka sepanjang bulan Ramadhan.  Ya allah  Terbaek kan.. sejuk jer dengar.

Bulan Ramadhan mana lengkap kalau kita tak menunai kan solat kan. Jangan mai makan jer.  Surau disediakan di tingkat 5. Sangat Luas dan selesa. Aku memang puas hati kalau hotel mengambil kira faktor faktor sebegini. Setengah tu…. errr…. krik krik ..

PNB Perdana On The Park ini  berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.

Harga buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.

  1.  The 39 Restaurant
    Normal rate : RM123.00 bagi dewasa ; RM 61.50 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)
  2. Restoren 10 Binjai
    Normal rate : RM 98.00 ( Dewasa)   ; RM 49.00  (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)

Contact no

So apa lagi, kalau tak tau nak berbuka dimana, pastikan PNB Perdana ni dalam List korang. Kalau datang bersama keluarga beramai ramai memang seronok, selepas puas makan boleh minum kopi sambil memandang pandangan yang indah di sini .

Buffet Ramadhan PNB Perdana

16 Comments

  1. Nina Mirza May 22, 2018
    • azni May 22, 2018
  2. SalinaJohari May 22, 2018
  3. JULIA JOHARI May 22, 2018
  4. Huda May 22, 2018
  5. Anuar May 23, 2018
  6. permatabiru May 23, 2018
  7. mas saari May 23, 2018
  8. Meliza Ibrahim May 23, 2018
  9. IQ aka Izyan Balqis May 23, 2018
  10. Ann Noura May 24, 2018
  11. YB Shehan May 24, 2018
  12. Murni May 24, 2018
  13. Nadia Johari May 24, 2018
  14. Sharmila May 31, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!