Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific

Ke mana kita makan hari ni??? Jom kita singgah Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific 2018 yang betul betul  terletak di tengah Kuala Lumpur pula untuk buffet Ramadhan 2018 nanti. Bertempat di Zende Restaurant Juadah semua telah tersedia terhidang dengan pelbagai jenis sampai terbuntanglah mata aku .

Seperti biasa bila sampai biasanya aku scan dulu menu menu yang unik yang tidak ada di hotel lain. Kekonon banyak sangat dah makankan. Tapi sebenarnya aku yang tak mampu makan banyak banyak sejak sejak masuk JKIM dulu hehhe, tapi itulah kadang bila dah tengok makanan terhidang begini, tergugat juga.

So kita kena pilih menu yang rare dan satu lagi perangai aku suka test benda yang sama di setiap hotel. Hampir keseluruhan hotel confirm menyediakan rojak buah.  Haaa dari situ kita dah tahu boleh buat perbandingan

 

BACA : Korang juga boleh lihat Senarai Ramadhan Buffet 2018  untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor

 

Pilihan Modernmumthingy

Mata memang tertarik pada 2  juadah ini. Sup ekor bakar dan Cendol durian. Mula mula hairan juga tengok bahagian ekor lembu tu tergolek golek di atas pemanggang., dan mulanya aku tersalah faham bahawa sup gear box ada lah sup yang sama digunakan utk sup ekor bakar ni.

Jadi ingat yer, pastikan korang cuba dia juadah ini.

  1. Sup ekor bakar
  2. Cendol Durian

Sebenarnya aku mula tahu pasal sup ini sewaktu ke Bandung indonesia. Ia lebih dikenali dengan nama sup buntut goreng. Jadi memang excited nak try Malaysian version.

Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific

 

Sempat bertanya dengan chef yang ada pada masa itu sebab warna sup tersebut agak nampak berlemak bukan jernih. Katanya memang begitu, memang ada diletakkan lemak tapi memang sedap katanya. You should try,

So apa lagi, kita cuba baru tahu lah kan

Perghh!!! Memang sedap sebab dagingnya agak lembut di ekor yang dibakar agak lembut ditambah bila dihirup bersama sup tersebut. Memang mesra sangat lah sup and daging tu.

Lagi satu tips nak share dengan korang , kalau korang datang ke zende restaurant ni pastikan amik di awal2 waktu sebab bila kali ke2 aku ulang sekali lagi, daging tersebut agak kering sebab berada di tempat pemanas agak lama. Standard lah kan

Nak paksa juga korang rasa sup ni! hahaha sebab aku sampai sekarang teringat -ingat.

Kedua menu best, bila aku mintak Cendol durian mulanya aku pelik tak ada gula merah, tunggu juga chef tu letak. Rupanya manis durian tu yang balance kan balik rasa lemak dan manis. hehhe siap kita orang ramai ramai pikir awat tak dak. ooo rupanya itulah rahsianya. Kalau tak, mesti manis meleting!

 

BACA : Jengah buffet ramadhan Double Tree Hilton

 

Juadah  Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific yang pelbagai

Biasanya banyaklah juadah yang disediakan. Sama ada nak heavy atau light sahaja, pilihlah lah ikut kemampuan perut dan nafsu hahaha. Selalunya pergi hotel aku selalu terpesona di bahagian dessert. Bukan sahaja juadah itself tapi suka tengok gaya di peragakan.

 

Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific

 

 

Tapi yang pasti tidak mengecewakan. Sebab banyak pilihan.

 

Lagi satu yang special confirm tak jumpa lagi dekat tempat lain, ada perut, paru dan hati yang telah dicucuk dan siap rebus untuk dimakan bersama kuah seperti yong tau foo.

 

 

psst.. aku mmg suka makan organ dalaman ni hahaha… Walaupun tengah belajar  control makan, aku jamah juga.  Aku try makan paru… hehehe sedap. I suka.

Kalau yang jenis suka makan nasi, jangan risau haaa.. selain dari nasi putih biasa ada ni haa nasi bryiyani gam dengan telur tergolek golek ni. Aku tak sempat makan sepinggan tapi sempat lah mencuit pinggan kawan sebelah.

Okay sedap.. lembut dan berasa. Pls try okay

 

 

Pilhan juadah Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific lain yang mantop

Sekarangkan trending SHELL Out, haaa amik nih.. kat zende restauran juga menyediakan juadah shell out.  Tapi aku nak cakap jugak korang kena amik awal awal untuk juadah macam nih.

Pihak hotel of course lah akan sentiasa memastikan makanan tersebut hangat dan warm untuk sedap dimakan, Jadi kalau amik hujung hujung nanti dah kering. So ingat yer pergilah amik awal awal. seafood uoolss. Buffet ramadahan tempat lain belum ada sediakan juadah sebegini, So mari sini ingat.. korang kena cuba yer.

 

Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific   Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific   Buffet Ramadhan Hotel Seri pacific      

Aku jengah ke zende restaurant ni bersama rakan2 blogger yang lain. Yang paling aku hairan aku tgk ben ashaari pulun makan koayteow goreng Sampai 2 kali ulang. Hurmm sedap sangat ke erk?

So aku cuit sikit .. perghh memamg sedap. Okay recommend juga untuk korang cuba nanti okay. Ben cakap setiap tahun dia datang buffet sini  memang akan amik juadah ini. Rasa dia memang menten dari dulu . Impressive kan. Patutlah penuh pinggan ben letak tu haaa..

 

Harga Buffet Ramadhan

Early Bird Promotion
RM90 nett

17 May – 14 June 2018
RM120 nett (dewasa)
RM60 nett (kanak-kanak)

Pakej Bankuet – 50 pax

kalau bercadangan nak buat reunion  lebih 50 pax ada pakej juga rupanya..

Harga pakej bermula RM80 bersih seorang. Berbaloi kann. Boleh contact no dibawag

Tel : 03-4049 4351 / 4352
Email : sfbresv@seripacific.com
Untuk maklumat lanjut,

Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555

6 Comments

  1. ai April 20, 2018
  2. Nina Mirza April 20, 2018
  3. Bella idura April 20, 2018
  4. JULIA JOHARI April 20, 2018
  5. lisak April 20, 2018
  6. mas saari April 21, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!