Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur, Istimewa Masakan Bonda

Buat pertama kalinya, untuk preview Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur aku sampai,  aku terus ambil Nasi!! OMG.. this is so rare  for me.  Selalunya aku terjah untuk bahagian starter dahulu. Sesungguhnya aku tidak tahan dugaan melihat Sambal bilis tempoyak petai yang sangat sangat osem dan memanggil aku untuk menjamah. Seriously aku tak percaya !! Ye .. aku salahkan sambal ni.

Tahun ini Dorsett Kuala lumpur menawarkan menu signature dari “masakan bonda” Sajian authentic melayu dari setiap negeri di Malaysia. Ada 13 jenis masakan istimewa  yang di bawakan khas untuk Ramadhan buffet 2018 nanti.

Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur

haaa tu dia kuih melayu.. iman sebat semua kuih kaler hijau… tah apa apa anak aku tu

 

hasil rembatan dessert yang dibawa kemeja hahaha. Macaron tu atas kek .. aku rembat sbb aku suka

 

Dessert yang comel mcam ni mana nak tahan kan

 

Pilihan Modernmumthingy

Lain orang lain seleranya kan! Tapi kalau tanya aku bila aku terjah masuk ke sini, habit aku…  aku pusing and usha dulu makanan yang best hehhe. Bila aku cakap best ni sebab   kawan-kawan lain pun mengakui keenakan dan kesedapan menu tersebut. Jadi.. please lah cuba nanti yer. Serius korang takkan menyesal hahaha

 

1. Sambal bilis tempoyak petai

Sambal ini agak kering tapi sedap. Peminat petai dan tempoyak korang kena cuba jugak. Pergh makan pulak dengan nasi panas memang UMPHHH!!  Sesungguhnya aku tak menyesal aku makan nasi dahulu which is jarang aku buat kalau pergi ke mana mana food review.

 

2. Burung puyuh

Aku memang peminat burung puyuh goreng. Susah nak dapat dalam mana mana jamuan food review. Bila dah terhidang ni apa lagi, balun lan kan.. sedap. Aku makan bersama sambal tempoyak petai tu. Ishh kena betul kombinasi dalam pinggan aku tu.

3. Lempeng dan sambal bilis

Masa aku mula mula sampai aku dah nampak dah lempeng ni dengan daun pisang. Dah jeling awal heheh.. tapi aku terus masuk ke dalam dan sambal bilis tempoyak petai memangil aku dulu. Bila perut dah reda, nasi pun dah turun bawah aku pun terjah semula. huk aloh… sedap weh, aku suka betul makan lempeng ni dengan sambal bilis.

Selalunya aku agak susah nak suka tapi entahlah yang ini aku suka. Siap paksa laki aku makan juga sbb dia peminat samba ikan bilis.

4. Rendang minang

Laki aku sempat ambil rendang minang ni dengan ketupat palas. Perut aku dah penuh dengan nasi. Tapi nafsu nak merasa tu hahaha taulah .. nak jugak rasa. Sempatlah cuit cuit pinggan dia tu. Best! memang kenalah ketupat palas tu dengan rendang minang . marah laki aku bila aku asyik kacau dia makan hahaha.

 

Menu Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur

Pihak hotel sebenarnya telah merancang lebih 100 jenis juadah dari Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang,  Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Ikan Bakar Siakap dan Ikan Merah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, Bubur Lambuk Melaka, Mee Udang, Mee Kari, Assam laksa.

Pendek kata setiap specialty setiap negeri di datangkan khas untuk menu ramadhan. Opss jangan lupa cuba Jus Kurma Madu dan Badam.

Belum lagi tengok Starter dan pencuci mulut yang lain. kecur air liur dibuatnya.

 

BACA : Buffet Ramadahan DoubleTree Hilton

 

Harga Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur

  • Early Bird : RM20 Off Normal Price (sebelum 12 Mei) 
  • Normal Price : RM118
  • Kanak-kanak (4-12 tahun), 
  • Warga emas (55 tahun ke atas)  : 50 percent off

 

Tempahan

Untuk tempahan, sila hubungi +603 2716 1010 atau emailkan ke info.kualalumpur@dorsetthotels.com.

Untuk info lanjut, sila layari laman web www.dorsetthotels.com/malaysia/kualalumpur .

 

Kemudahan Surau

Jangan risau, setiap hotel di Malaysia ni pasti sediakan surau, Berada di tingkat 2. Bersaiz agak comel tapi lengkap lah dengan tempat amik wudhu di dalamnya.

Kalau aku di bulan ramadhan hanya amil kurma dan stadby di surau, Kemudian cepat sembahyang dan turun sambung makan buffet. Tak syiok kan kalau tengah makan berhenti hahaha..

 

 

Kalau dah kenyang makan .. jangan lupa amik rojak buat yer.

 

Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur

heheh best jer tengok asst chef ni goreng goreng jemput jemput

 

ABC, iman pulun 2 kali makan ni

 

 

buahan segar yang iman ulang alik amik

 

haa tu diaaa.. segala jenis keropok ada

 

seksyen ni best , ada bubur, sira dan bubur durian uolss

 

kambing tergolek golek nih

 

macam macam sambal ada nih

 

dessert yang berwarna warni

 

Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur

Aduh tengok gambar baru teringat aku tak jamah ikan bakar nih. macam main dish untuk dicuba juga

 

simple tapi menyelerakan kaaaaan…

 

Korang juga boleh lihat Senarai Buffet Ramadhan untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor

8 Comments

  1. Nina Mirza May 3, 2018
    • azni May 3, 2018
  2. Huda May 3, 2018
  3. TATI MANSUR May 3, 2018
  4. Nadia Johari May 3, 2018
  5. mas saari May 4, 2018
  6. mar May 7, 2018
    • azni May 7, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!