Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Geno

Sekiranya korang mengintai-intai untuk juadah buffet ramadhan nanti, pastikan  Hotel Geno berada dalam radar senarai pilihan korang. Dengarnya 80 hidangan istimewa akan disediakan oleh pihak  Hotel GENO. Antara senarai hidangan nanti  akan menampilkan kegemaran tradisional dan hidangan Melayu yang lazat dan pasti membuatkan kita terliur seperti Asam pedas ekor, telur itik masak lemak, masak kurma, ikan bakar,satay, aneka kuih muih melayu.

 

 

Bersesuaian dengan konsep semarak ramadhan, pilihan juadah ini membawa kita seumpama berbuka puasa di kampung halaman. Buffet Semarak Ramadan di Geno Hotel ni akan berlangsung dari 17hb Mei 2018 hingga 12hb Jun 2018.

Hotel ini baru beroperasi pada 2 tahun yang lepas, kalau mengikut info yang di kongsi oleh chef walaupun  hotel masih baru, sambutan yang diberikan pada tahun lepas agak menggallakkan. Terkejut juga katanya.  Jadi mereka menjangkakan tahun ini mereka akan dapat lebih ramai pengunjung disebabkan promosi yang giat dilakukan sekarang.

Bagi aku antara salah satu selling point di sini adalah faktor harga yang dikenakan oleh pihak hotel hanya RM110 untuk dewasa dimana sesetengah hotel mengenakan harga hampir RM180-RM200.00. Jadi bagi mereka yang memilih hidangan yang secukup rasa seperti ini HOtel Geno antara yang terbaik dah lah

 

 

Kelebihan hotel baru ini, kita dapat lihat fasiliti yang disedikan masih baru dan cantik. Heheheh itu aku. Aku suka makan di kawasan hotel yang lawa lawa dan kemas. Yerlah sebab kita bukan sahaja mengeluarkan wang untuk makanan tetapi dari segi ambience dan hospitaliti yang disediakan.  Parking pun ada ruang yang luas, Yang penting kalau berbuka puasa  antara list utama yang korang kena tengok macam mana surau dia. Haa… luas surau dia. Sangat senang untuk korang jumpa dari tempat Taste Restauran  ini. Walaupun di bahagian basement tapi ianya dibina khas untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Ermm.. cerewet kah aku ? hahahaha… tidaklah, sbb aku berada dalam environment design dan creative, aku suka melihat and memerhati benda benda yang sekecil kecilnya hatta place card yang diletakkan pada menu makanan.

 

 

Kalau yang ingin merasa makan di sebalik environment yang open dan hijau, korang boleh pergi juga di luar kawasan makan cafe ini. Korang tengok sahajalah gambar ni.. sangat sangat cosy kan. Sekurang kurangnya hotel ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menjamu makanan samada outdoor atau indoor.

 

outdoor taste restaurant

Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel 2018:

  • Dewasa: RM110 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)

Tawaran Pembelian Awal Baucar ‘Early Bird’ (15 Mac – 30 April 2018):

  • Dewasa: RM88 bersih (seorang)
  • Kanak-kanak: RM44 bersih (seorang)
  • Warga Emas: RM 57.20 bersih (seorang)

 

Lokasi GENO HOTEL SHAH ALAM:

Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47600 Subang Jaya, Selangor
Malaysia.
Email: info@genohotel.com
Phone: +603 5033 6666
Fax: +603 5033 6677

Facebook : mygenohotel

Pilihan Modernmumthingy

Walaupun terdapat banyak sangat pilihan makanan yang ada di situ sempena Buffet ramadhan 2018, tapi aku terpaksa cakap beberapa juadah istimewa yang korang kena try. Sangat sangat UMPHH bagi aku. Setiap hotel yang aku pergi mesti ada KILLER dish hehehehe…. kalau nak tau rajin rajin la tanya staff kat situ. Selalu apa yang cepat habis.. apa yang orang suka serbu. Ni kira macam random survey melainkan tangki perut korang memang spacious hahaha….

Aku memang suka makan tapi tulah, dah berumur ni hanya mampu makan kuantiti yang sikit sikit, jadi yang penting aku tak nak ketinggalan juadah killer dia orang.

  • Grilled lamb with rosemary sauce – Selalu orang cakap sgt kena dengan blackpaper sauce kan. Kali ni aku saja sembang ngan staff yang ada kat situ, katanya aku patut cuba dengan rosemary sauce. Ya allah.. perfect combo. Nanti korang try okay
  • Apple crumble – Kata dia orang, bread butter derang antara yang best so.. aku try dua dua. Aku ambil apple crumble. First time aku jumpa apple crumble dengan combination coklat based. Sedap ya amat uolls.
  • Asam Pedas ekor – disebabkan mak mentua aku orang melaka, hahahah makanya aku sentiasa looking fwd kalau ada juadah asam pedas.  So memula aku jeling je kuali ni. Sekali aku cuba haa.. tu dia terangat. aku tambah 2 kali.. huhuhuhu

 

 

Tapi ada juga juadah yang tidak mencapai tahap yang aku inginkan. Ais kacang atau ABC tu walaupun banyak pilihan rencah bahanya nya tapi Jagung tak ada . hahaha tak lengkap lah ais kacang tersebut.

Mungkin pihak hotel tertinggal atau memang begitu lah ais kacang dari Hotel Geno. (kang jadi isu mcm rendang ayam tak crispy pulak) hehehe memandai je aku.

Tapi.. aku ni kan memang dari keluarga orang meniaga, ABC tu memang antara jualan tertinggi di kedai ayah aku dulu. aku ingat lagi, ayah aku cakap ais kacang ni ais tu sendiri kena halus jangan sekali kasar, bahan bahan dia kena complete. So bila jagung tak ada ni rasa memang tak lengkap lah  bagi aku.

 

BACABuffet ramadhan ala pasar malam mewah di DoubleTree Hilton

 

buffet ramadhan 2018

asam asam ni penting untuk potong balik kalau korang terlebih makan

 

buffet ramadhan 2018

haaa tudia ulam ulaman

 

buffet ramadhan 2018

salad salad pun ado

buffet ramadhan 2018

tak sempat makan mee kari.. tapi member kata sedap oit

disajikan dalam kuali untuk semarakkan ramadhan tahun ini

      

14 Comments

  1. YB Shehan April 4, 2018
    • azni April 4, 2018
  2. Min April 4, 2018
    • azni April 4, 2018
  3. TATI MANSUR April 4, 2018
  4. Huda April 4, 2018
    • azni April 4, 2018
  5. Moha April 4, 2018
  6. Mama Kembar Tiga April 4, 2018
    • azni April 5, 2018
  7. Lya April 4, 2018
  8. Yanieyusuf April 4, 2018
    • azni April 5, 2018
  9. cikzacom April 7, 2018

Add Comment

CommentLuv badge