Buffet Ramadhan 10 Binjai wajib cuba Sambal Kupang

Dah masuk bulan ramadhan ni opkos lah kesemua hotel ada menyediakan buffet ramadhan. Samalah seperti di Restoran Binjai 10 yang terletak di Perdana On the Park. Buffet Ramadhan di 10 Binjai bermula dengan harga RM98.00 seorang tapi korang boleh dapat harga promosi at rm80 melalui satu portal di superdeal. Hehhe apa lagi.. grablah peluang ini

Tahun ini Restoran 10Binjai tampil dengan tema Bazar Perdana, yang berkonsepkan suasana santai diubah menjadi bazar dengan meletakkan beberapa gerai gerai bazar untuk menaikkan lagi mood seperti berada di bazaar ramadhan tapi yang sangan selesa.

BACA : Kalau nak makan Ketam Lemak cili padi sedap, Pergilah ke Best Western I city

restoran 10 binjai PNB ON the park
haaa… entrance pun penuh air balang mcm kat bazaar ramadhan gitu

Patuh Syariah

Restoran 10 Binjai ini dimiliki sepenuhnya oleh PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur. Telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM

Buffet Ramadhan 10 Binjai
Dekat Param tak sempat rasa , kat sini amiklah seketul hehe..

Menu – Menu Bufffet Restoran 10binjai

Terdapat variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk tetamudi restoran mereka

Antara menu wajib ada seperti, Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai. 

Killer dish untuk restoran 10 binjai ini adalah kari kepala Ikan dan Sup Gear Box yang telah menjadi menu tarikan dari buffet ramadhan sebelum ini

Aduhh bila tengok balik kari kepala ikan ni rasa menyesal pulak tak makan banyak-banyak

 Pilihan Modernmumthingy

Walaupun pihak restoran 10binjai meletakkan 2 menu di atas sebagai killer dish tetapi aku meraskan ada 2 menu yang wajib pelanggan cuba kalau datang untuk buffet ramadhan di sini.

Sambal Kupang

Aku nak cerita pasal sambal kupang ni. Asalnya aku hanya ambil untuk dimakan bersama nasi. Tapi ya ampun, sedap namatey. Cubalah, ada Pedas, manis dan bestlah.

Disebabkan best, inilah satu satunya yang aku repeat kali ke dua. Aku ambil sepinggan untuk meratah sambal kupang ini . Puas makan tau

Balik rumah itulah yang aku dan anak aku bincangkan, menu apa yang paling di 10binjai.

Serius sedap, sampai rasa nak mintak resepi hahaha. Overkan!

Sambal Kupang
Cedukan kali ke 2 .. hahaha… puas betul makan kupang sambal yang power nih

Sup berempah

Sebenarnya kali kedua aku kesini, Dahulu aku nampak sup berempah ni dah jatuh cinta. Istimewanya Sup berempah ada pelbagai bahan yang boleh dicampurkan ke dalamnya seperti paru, perut, daging, kambing, lidah juga.

Kuah sup ini agak pekat, paling best kalau letak cili kicap dan juga Limau nipis. Memang terangatlah. tapi paling best kalau pihak hotel ada sediakan roti juga hahah.. itulah yang aku kami omelkan beberapa kali.

Confirm lah meletup letup lagi.

Sup berempah power
Buffet Ramadhan 10 BInjai
haa.. nampak ni supe berempah nih, korang letaklah semua nih Meletop sangat

Harga Buffet Ramadhan 10BInjai

  • Harga Promosi: RM80.00/pax
  • (Promosi early bird perlu dibeli sebelum 30 April 2019)
  • Harga Biasa: RM98.00/pax
  • Tel: 03-7490 3838
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com
Iman ulang lebih dari 3 kali amik aiskrim goyang ni. BIla tengok gambar ni aku pun teringin lah pulak .

Lokasi Restoran 10Binjai

Terletak di tengah tengah kuala lumpur berdekatan dengan KLCC

Fasiliti

  • Parking di bahagian bawah
  • Surau di tingkat 5
  • Berdekatan dengan LRT Ampang
Buffet Ramadhan 10 Binjai
Eh sempat pulak celebrate besday kat sini…

One Response

  1. Julia Johari May 14, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!