Bitcoin dan Blockchain apakah ini semua?

Korang pernah dengar pasal Bitcoin and blockchain ini? Memula rasa macam heavy nya nak paham, tapi dah berada dalam sektor ICT nih nak tak nak kena lah jugak ambil tahu. heheh.. dalam bulan 8 hari tu adalah aku cuba cuba invest dalam Bitcoin. Alasan utama, sebab nak paham dan tak nak ketinggalan. kunun.. hehe. tapi betul laa kan .. kena experience sendiri baru faham.

Mula start invest di luno.com atas ajakan kawan. Masa tu harga RM17,000 per unit… fuh.. den tak mampu… den hanya mampu invest Rm500 sahaja.. so.. hahah hanya sikit…jerrr.. jadilah kan .. nak try. tapi dalam masa 2 bulan ni dah dpt untung RM108. Nak invest RM10 pun boleh..

 

bitcoin performance

graph dari bulan augus – oct 2017

 

Kenapa buat akak tertarik nak try. you all baca from link ini . This guy from norway hanya invest dalam $27 bitcoin pada tahun 2009  dan hanya suka -suka try dan akhirnya menyedari ia bernilai $886k pada tahun 2015. OMG… millionaire terus weh.

Best kan kalau tetiba kaya gini

Basically bitcoin ni macam main saham juga. Ada untung ada rugi. Tapi pattern dia memang tengah menaik sekarang. korang tengok lah sendiri dalam nih ..

 

Bitcoin graph

Graph dari thn 2016-july 2017. err.. tak tahu laah yang beli tahun 2009 dulu kan . mesti untung kow kow punya

 

 

So ini basic info yang aku nak share dan sambil sambil tu aku cuba research and faham kan dan rekodkan dalam blog aku. sapa sapa ada komen untuk baik pulih, di alu alukan

Blockchain and distributed ledger technologies

Hari ini , aku berpeluang untuk attend Blockchain and distributed ledger technologies Forum ini sempena NICE2017. Sangat menarik untuk difahami, dan membuka minda apa sebenar yang berlaku pada dunia sekarang .

Dalam dunia internet kita dah melalui dan mendengar  pasal www, Y2K, Grid computing, Big Data, IOT, Augmented reality, Artificial Intelligent, VR and etc. Ianya berkembang atau evolve seiring dengan perkembangan internet. So BLOCKCHAIN? iya.. sekarang semua bercakap tentang blockchain

Apa itu Blockchain

Blockchain adalah teknologi asas: Ia mempunyai potensi untuk mewujudkan asas-asas baru untuk sistem ekonomi dan sosial kita.

Blockchain is a foundational technology: It has the potential to create new foundations for our economic and social system

“The blockchain is an incorruptible digital ledger of economic transactions that can be programmed to record not just financial transactions but virtually everything of value.”
Don & Alex Tapscott, authors Blockchain Revolution (2016)

Rangkaian blockchain tinggal dalam keadaan konsensus, yang secara automatik memeriksa dengan sendirinya setiap sepuluh minit. Satu jenis ekosistem pengauditan sendiri yang bernilai digital, rangkaian itu menyatukan setiap transaksi yang berlaku dalam selang sepuluh minit. Setiap kumpulan transaksi ini dirujuk sebagai “blok”.

Dua sifat penting yang dihasilkan dari ini:

  1. Data ketelusan tertanam dalam rangkaian secara keseluruhannya, dengan definisi ia umum.
  2. Ia tidak boleh rosak mengubah mana-mana unit maklumat pada blockchain itu bermakna menggunakan sejumlah besar kuasa pengkomputeran untuk mengatasi seluruh rangkaian.

Cuba korang tengok rajah dibawah ni.. dimanakah kedudukan blockchain.

blockchain

Analogi apakah itu blockchain

Dalam konteks untuk masa kini, cara kita berkongsi file dalam masa sekarang samada melalui google docs, ataupun dropbox. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang melibatkan 2 pihak kita perlu tunggu sehingga kedua duanya telah siap membuat perubahan .

Jadi, daripada menunggu dan menunggu utk sebarang perubahan cycle complete, segala dokumen akan dikongsi dan bukan di pindah berulang kali secara manual. Dalam teknologi Blockchain Ianya akan di “sync” setiap 10 min. Segala nya akan di audit, dan direkod dan ianya tidak akan terpadam. Akaun ledger 2, 3 parti pasti akan merekodkan benda yang sama.

Jadi potensi sekiranya ianya di ubah atau di edit amat tipis.

hurm..rasanya aku  kena terangkan korang dalam konteks situasi hari ini pula.

Impak dari Blockchain ini

  1. Smart kontrak

Dikatakan sekiranya blockchain ini berjaya di laksanankan dengan sistmatik maka terhasillah smart kontrak. So dalam konteks kita hari ini, sekiranya kita beli rumah kita perlukan legal firm untuk menyediakan kontrak antara kita dan bank dan pemaju. Dalam block chain ini nnt, segalanya adalah transparent, kita dan pihak bank.

Tiada lagi orang tengah. tiada lagi legal firm. dibayangkan setiap legal company perlu hire programmer untuk pastikan mereka tidak tercicir dalam era pembangunan teknologi nanti,

2. Perkongsian Ekonomi 

Syarikat seperti Uber, Airbnb adalah antara contoh yang terbukti berjaya. Pembayaran antara kedua dua pihak adalah transparent dan berpusat. Dianggarkan selepas ini banyak start up sedang membangunkan apps dan sistem yang sebegini.

3. Crowdfunding

Mungkin ramai yang familiar dengan Gofundme. ianya adalah genuine dan transparent kepada penerimanya .  Selain dari kisah kisah scam yang seringkali kita dengar maka platform ini dipercayai genuine.

4. Governance

Semestinya proses ini memang di tunggu oleh semua rakyat. Segala transaksi akan lebih transparent dari segi info syarikat yang memasuk sebarang tender, dan berjaya mendapatkannya.

Begitu juga dengan sistem pengundian nanti.  heheh.. korang rasa Malaysia bersedia? Nampaknya semua negara sedang bergerak ke arah ini, pastinya kita akan dapat lihat satu perubahan yang besar dalam landskap politik negara kita nanti.

sebenarnya banyak lagi… contoh nya dari segi IOT, pengurusan data and bla bla, termasuklah dagangan open market share.

Apakah our government kita bergerak ke arah itu? YA. Department Standard of Malaysia  (DSM)  telah merangka standard technical committes under ISC/G bersama sama badan yang berwajib.

Wakil industri seperti banking juga menyatakan mereka telah memulakan research, study dan POC sejak 4 tahun dahulu.

Wah nampaknya semua bergerak ke arah tersebut. jadi harapnya entri ni macam membuka satu lembaran sapa sapa yang baca untuk memahami lebih lanjut berkenaan blockchain ini. Dan one of the panellist tu, seorang professor dari UIAM menyatakn, skill2 yang diperlukan untuk masa hadapan banyak berkaitan IT, dalam bidang khas seperti crpytography, artificial inntlegent malah.. lawyer with IT background. huhuh..

jadi.. apakah itu BITCOIN dan kaitan dengan blockchain ini

Bitcoin, merupakan satu sistem pembayaran digital yang wujud di internet, yang juga terhasil dari teknologi blockchain ini. BItcoin seperti pasaran mata wang digital, ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin membeli dan menjualnya mengikut harga yang dipersetujui. Tiada broker atau orang tengah tetapi menggunakan platform setempat yang dipercayai.

Transaksi ini disahkan oleh nod rangkaian dan direkodkan dalam lejar awam diedarkan  dan dipanggil blockchain.

Jumlah Bitcoin ini adalah terhad dan oleh kerana itu ia sangat bernilai seperti emas.

Ada yang menggunakan super komputer untuk “mining proses’ kerana ianya bergerak atas algorithm tertentu.

Juga dikenali dengan nama cryptocurrency, electronic money dan virtual currency.

Atau lebih senang kita cakap sebagai Internet currency yang tidak tertakluk kepada mana mana negara, so boleh diguna pakai dimana mana negara atau sesiapa yang menerimanya.

Bitcoin dicipta pleh seseorang dengan nama gelaran ‘Satoshi Nakamoto” pada januari 2009 dalam papernya Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System

Bak kata azizi ali, tahap penerimaan dimalaysia ini masih rendah sepertimana orang pada mulanya menetang uber dan grab. tapi lihat lah dimana mereka sekarang? Ianya lebih diterima pakai dari penggunaan taxi.

Kalau menurut pakdi, dia melihat bitcoin sebagai medium of exchange.

Aku suka betul penerangan simple dari blog ini.

Berapa lama crypto currency nak jadi mainstream?

Gold jadi kertas 400 tahun. ( Fiat money)
Kertas jadi plastik, 50 tahun. ( Credit Card )
Plastik jadi code? 15 – 20 tahun.

Start 2009, + 20 = 2029.

So 2029 semua orang beli barang semua pakai crypto currency. haa…. acaner?  hehhee..

Penggunaan Bitcoin

  • Investment – seperti saya heheh.. tapi with small amount
  • Untuk membayar product dan servis. ( korang pernah dengar warung di kelantan yang terima bitcoin?
  • Sebagai method untuk membayar sesuatu seperti pembayaran secara pemindahan antrabangsa.
  • Donation atau derma. contohnya wikileaks pun menerima bitcoin, dan juga gofundme

 

warungbitcoin

 

Tapi nak beli pun kenalah caranya , jangan terbeli atas platform yang SCAM.. huhuh… korang refer list scam tu disini badbitcoin.org

aku pula pakai platform luno.com  hahah ini member dah buat research tahap ke genuine nya .. kurang sikit kerja research . Cuma luno.com mengenakan small amount of fee. Alaa.. mcm kita pakai maid easy.com or airbnb.com lah kan .

tapi if you all nak try .. boleh cuba masuk di sini. Jangan lupa masuk my referral code okay. V7RJ .

Pastikan you all masukkan dulu dalam e wallet sebelum membuat sebarang pembelian . Just follow instruction tu. register and buat payment dari maybank or cimb .. masuk e wallet and terus beli di luno.com. Semuanya centralised. Tak salah nak cuba.. tapi jangan tamak lah kalau masih bertatih .. heheh itu prinsip aku la..

luno

Untuk yang berminat mengetahui lebih lanjut pasal bitcoin i suggest you all baca from this writer http://ringgitohringgit.com/faq-bitcoin-malaysia-newbie/

3 Comments

  1. Afiq Halid October 17, 2017
  2. Suraya October 19, 2017
    • azni October 19, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!