Bila last korang buat full check up kesihatan?

Korang tahu tak, bila masuk umor 40 an kita akan diberi voucher untuk buat full check up oleh perkeso. Rasanya tak semua orang tahu bab ni, or maybe tahu tapi malas ambik tahu. Banyak jugak yang spesis macam nih. Kalau dapat tu .. pergilah weh, free jer tu. Bawak badan jer g hospital.. Aku rasa sesiapa yang ada mencarum socso  memang boleh dapat voucher ni.  Cuba korang check kat sini  hanya masukkan ic sahaja.

baucher perkeso

laman web utk check voucher ada atau tidak

 

Macam aku, aku kerja di syarikat Semi gomen. So masa aku masuk umor 40 company aku pun ada offer untuk buat full check up. Rasanya Value dari RM600-RM1000. Tahun ni aku dah dapat juga voucher ni dari perkeso dan bercadang nak buat selepas raya, sebabnya aku dah buat full check up pada Dec 2016 under HUKM. FREEE!! Aku dapat wassap yang mengatakan ada pemeriksaan percuma di HUKM. We all call dan beramai ramai pergi.  Untuk orang berumur 35-65 tahun. Rasanay setiap 4 tahun sekali derang akan panggil. Actually ini adalah sebahagian dari ‘study” pihak HUKM untuk kaji pattern pemakanan dan tahap kesihatan rakyat malaysia sebab terpaksa spent masa dekat 1 hour untuk interview session. hehe okaylah kan… win win situation.

So far result aku semua normal. Cuma kali ni takder stress test cuma ada ECG untuk kaji tahap jantung.

Baca : Kurus untuk sihat bukan untuk cantik sahaja

Apakah yang dimasudkan dengan Full check up.?

Haa memang betul betul full lah.. dari ambil air kencing, ambil darang, check paru paru, check jantung, and macam macam lagi. Kalau kita pergi farmasi ataupu klinik, normally kita haya dapat check darah dan air kencing yang mana akan di bawa kepada lab untuk test dengan lebih terperinci. Tapi masih ada kekurangan sbb tak dapat check paru paru, jantung, dan juga kanser.

Seeloknya setiap tahun kita buat check kesihatan ni. Aku nak share beberapa kes di kalangan kawan kawan dan family. Yang mana test sebegini dapat membantu kita kenal pasti penyakit dengan lebih dekat.

full check up kesihatan

stress test… lari or jalan laju laju okay, ini antara benda yang wajib dalam full hcek up kesihatan

  1. Kakak aku sendiri

    Selalu kami bincang bab kesihatan dalam wassap keluarga. Kebetulan suami kakak aku ni asyik pengsan, so we all suspect ada jantung. So atas inisiatif tu lah, kakak aku pun buat full check up sebab ada beberapa simptom yang agak menakutkan seperti mudah berpeluh dan cepat penat.. So pada hari ambik result dr dapat satu abnormalities dalam  bacaaan stress test. Stress test ini dimana badan kita akan diletakkan wayar wayar khas untuk mengesan pergerakan kita sewaktu berlari. Dan ianya ada peringkat2 peringkat tertentu.
    Nampak gayanya bacaan jantung tak berapa cantik dah perlu melalui angioram kalau kita nak tahu blockage nya di mana.

    Malangya insurans kakak akut tak cover angiogram ni yang bernilai RM7000.00 dan sekiranya betul, kenalaah buat angioplasty yang mungkin bernilai RM10,000 -15,000 untuk 1 stent.

    kakak aku terpaksa amik perubatan secara alternatif selain kawal pemakanan. Itu sahaja pilihan yang dia ada. tetapi syukur sekurang kurangnya selepas buat full check up dapat detect ada masalah tersebut.

  2. Suami

    Ini kisah suami aku sendiri. Lately memandangkan banyak kisah kawan kawan yang kena sakit jantung. Timbul kesedaran untuk buat full check up pada tahun ini . Sebenarnya suami aku ni ada buat check up pada 2 tahun lepas. Alhamdulillah pada masa itu memang cantik lah semuanya walaupun dia confirm ada darah tinggi.
    Tapi bila menginjak umur 45 tahun, keputusan full check up ini pula menunjukkan bacaan pada skala 8 ! Sangat tinggi.. memang sangat tinggi. normal adalah pada skala 5.

    Terasa diri ini tua, bila kita dapat tahu penyakit penyakit ini. Badan tidak sekuat dulu. Tapi syukur alhamdulillah, bila kita buat full check up sebegini sekurang- kurangnya kita tahu.
    Sekarang tengah jaga kontrol pemakanan suami aku. Yang sebenarnya we all hantu seafood. hahah.. maklumlah pasar borong dekat jer ni ha… asyik asyik beli ketam, sotong udang.

    Sekarang banyak masak masakan yang ber grill, kurang minyak, dan juga pengambilan Vita BG35 dan juga nak amalkan arabic gum.

  3. Kawan sekolah

    Kisahnya kawan aku sebelum ni bekerja di  O&G yang terkemuka. 2 tahun sebelum kejadian dia dapat detect blockage pada awal tahun ini, result semua nya cantik jer.  Tak ada masalah lansung. Tapi selepas ayah kawan aku ni meninggal disebabkan sakit jantung, so ahli keluarga semua pun pakat pakat ajak pergi buat check up. Asalnya kata kawan aku ni, sebab 2 tahun lepas okay sahaja. so maybe tak payah buat.

    Tapi adik beradik yang lain macam paksa juga buat so dia pun panjatlah ke IJN untuk executive health check up. Masa ni dia dah bekerja sendiri, nasib baik dah ambil insurans.  jengjeng… rupanya dia ada 2 blockage di bahagian kiri. Haa.. bahaya weh.

    Syukur dia dengar suggestion family untuk buat full check up.

Bila sembang dengan kakak aku yang berumur 55 tahun dia pun tak pernah pun buat mamogram ataupun papsmear, nampaknya kesedaran agak kurang. Adui itu yang kita tahu tiba tiba sahaja kawan-kawan atau sedara pergi meninggalkan kita tanpa sebarang tanda tanda.

Setengah orang pula berpendapat, lebih baik jangan tahu. Nanti terus tiada motivasi dan akan bertambah sakit.

Camner pun banyak jer hospital yang ada buat full medical check up. Contohnya IJN nih.

health screening oleh IJN

 

Terpulang lah kan.. tapi bagi aku, anak masih kecik jadi aku perlu senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sekurang kurang kita berusaha terlebih dahulu.  Ye dak..

Jom kita jaga kesihatan dan ambil tahu pasal tahap kesihatan kita .. Boleh jer nak makan apa pun tapi kenalah bersederhana. tapi kalau confirm dah gout or darah tinggi tapi still makan benda yang tak boleh heheh.. cari nahas namanya.

4 Comments

  1. Nany April 29, 2017
  2. mrhanafi May 16, 2017
  3. Nor hazmira May 22, 2017
    • azni May 22, 2017

Add Comment

CommentLuv badge