Bila keputusan peperiksaan keluar, mak bapak yang nerbes dulu..

Apa keputusan peperiksaan anak anda?

Semalam, kalau tgk dalam facebook  ramai yg  update pasal status keputusan peperiksaan  anak, mmg meriah lah wall FB semalam. anak saya kecik lagik so saya pun tumpang seronok and nerbes. Entah zaman iman esok mungkin takder periksa nih lagi.  tapi dalam byk byk status yang saya suka sgt ni .. di kongsi oleh kawan saya.

Dulu,putera bongsuku,dapat 2A dalam peperiksaan UPSRnya.
Ada B,ada C dan ada juga E.

Nekwan peluk dia dan kata kat dia,”TAHNIAH ! I love you son.You’ve studied hard.”.

Lepas tu,Nekwan bawa dia dating,belanja makan-makan,yang dia suka dan pilih sendiri.
Hanya kami berdua.
Kami really enjoyed that moment.

Putera bongsuku itu sangat hepi bila tahu,Ummi dan Abahnya sangat menyayangi dia dan boleh terima dengan senang hati, result examnya,walau apa pun..asalkan anak-anak ada kemahuan,tekun berusaha,rajin belajar.

Nekwan berjanji pada putera bongsuku itu,kalau tiga tahun lagi,dia dapat semua A dalam PMR,nak kasi dia hadiah,duit cash,RM1000.00.
Sebagai dorongan untuk dia belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi,bila masuk sekolah menengah kelak.

Tiga tahun berlalu.
Bila result PMRnya keluar,putera bongsu kesayangan hamba berjaya dapat straight A’s.

Hadiah RM1000.00 yang ku janjikan dulu,jadi miliknya.

Diusia 15 tahun,dia sangat kaya,ada duit cash di tangan sebanyak itu.

Ingat yaa..para ibu bapa sekalian.

Bila anda hepi,ikhlas,redha terima result UPSR anak-anak kalian sekarang seadanya,layan dia macam raja,walau pun ada E,A hanya satu atau dua saja…tetapi,sikap kita yang ”betul” sewaktu terima result anak yang berkenaan,akan membentuk semangat,jati dirinya di masa hadapan.

 

Betul sangat apa yang diluahkan oleh penulis tersebut.  Nak kata UPSR tu  tak penting.. tapi penting juga. sbb kadang2 itu penentu halataju kita. tapi kalau gagal dalam UPSR pun bukan bermakna takkan berjaya. Jauh lagi perjalanan tu . keputusan peperiksaan memang mendebarkan

Budak- budak sekarang ni untung betul. Kalau dapat result best jer kan mesti dapat hadiah yang besst lah.. Saya masa ingat masa zaman saya bila balik rumah bagitahu kat bapak. “ pak.. saya dapat 5A”...  tau pak saya cakap apa … ” haaa…” hahahah. itu sahaja … errr.. sbb itulah pertama kali dalam sejarah keluarga saya  dapat 5A… org tua dulu dengan sekarang mmg lain kan .. sebenarnya dia seronok… tapi dia tak luahkan.  tapi kalau bercerita ngan kawan kwan  dia mmg nampak bangga lah.

Di ofis pula, semua parents dok sibuk plan tpt makan nak celebrate.. nak beli hadiah untuk anak yang berjaya. why not kan.. they deserve it, sebagai pembakar semangat.

Tapi sesungguhnya perjalanan masih jauh.. tidak semestinya anak yang berjaya sekarang, perjalanannya akan cantik.. begitu juga sebaliknya tak semesti yang tak dapat keputusan yang baik akan terus gagal. Pokoknya nanti zaman sekolah menengah pasti lebih mencabar, dari segi sekolah , kawan kawannya. dan masalah- masalah lain yang akan mematangkan pemikirannnya.

Saya ingin kongsi kisah anak sedara saya sorang ni. Masa sekolah rendah, dia agak ketinggalan berbanding dengan adiknya yang berjaya masuk sekolah berasrama penuh.  Rasanya darjah satu belum pandai membaca. Budak lelaki ni lambat matang. Sehinggalah pada usia 15 sewaktu nak ambil PMR, adik no 3 nya tanya pada dia… ” abang, kenapa abang tak pandai macam angah?”.. hahaha terkedu kut dengan pertanyaan adiknya yang masih kecil, dia terus menunjukkan sikap yang positif, kemudian dapat pulak masuk asrama teknik  masa tingkatan 4. selama hari ni semua bibik dan ibunya yang siapkan . dah masuk asrama pandai pula menguruskan diri sendiri malah dilantik menjadi ketua kelas.  Sampai abang dan kakak saya rasa tak percaya dengan perubahannya. Sekarang tengah melanjutkan jurusan engineering di Politeknik. Bagi saya.. itu sangat sangat positif jika dibandingkan dengan perkembangan sewaktu sekolah rendah.

See.. ini yang saya maksudkan… semuanya boleh berubah… It’s not end of the world.

Yang penting kena yakin.. rajin dan berterusan.

Ini belum lagi masuk kisah di Universiti, zaman kerja, zaman kahwin dan punya anak.. huhuhu jauh lagi perjalanan ni… Cuma kita boleh doakan kehidupan yang lebih baik, sempurna dan diberkati.

 

Add Comment

CommentLuv badge