Berbuka puasa dengan menu steamboat dan grill D’kayangan

Semuanya gara gara dilla dok share dalam blog dia makan di D’kayangan  Steamboat Shah alam. Selalunya aku hanya makan steamboat di restoran Johnnys. Tapi tetiba bulan puasa ni teringin pulak nak makan di tempat yang buat buffet steamboat dan grill serentak.  Heheheh bulan puasa ni tahulah kan.. nafsu nya lain macam sikit . Semua nampak sedap.

Tapi… bila pergi Pasar ramadhan tak berapa nak bukak selera. So bila dapat jemputan berbuka puasa bersama geng blogger yang lain, waah.. teruja sebab beza dari hari hari lain  berbuka puasa. Dapat jugak merasa  makan kat sini.

 

steamboat dan grill D'kayangan

nampak freshkan  semua seafood nih

 

steamboat dan grill D'kayangan

Pilih perisa tomyam… pastu ikan bawal and lain-lain tu semua dah siap perapan yg pelbagai

 

Lately ni memang tak berapa kuat makan sangat, buka puasa pun hanya satu bekas laksa/mee dan kuih seketul plus Air. Entahlah… dah makin berumur ni kurang sikit nak bernafsu makan. Kalau pergi ke pasar ramadahan tu tak lebih Rm30 untuk family. Heheheh kalau ikut kata kawan kawan yang lain kira ni bajet abis. Tak niat pun nak bajet,, nak kontrol makan  pun yer juga… tu yang potong sikit bab makan ni kan..

BACA : Makan best di KL & Selangor

 

steamboat dan grill D'kayangan

masa orang tak ramai .. senang nak amik.. nnt que uools

 

Lokasi D’kayangan Steamboat

So back to kisah di D’Kayangan Steamboat, mulanya agak tak berapa tahu kawasan ni. Rupaanya berdekatan Giant Shah alam. Kebetulan bulan puasa nih dapat balik awal, so pukul 4.30 terus redah ke Shah alam. Alhamdulilah dipermudahkan jalan ke sana dengan iman. Pasang jer waze, cepat jer sampai. Dalam kul 5.00 pm dah sampai. Lega. Masuk shah alam bulan bulan posa ni tahulah.. jem ya amat.

 

steamboat dan grill D'kayangan

pilih korang nak sambal camner .. sila .. sila

 

Tapi disebabkan we all sampai awal, so biarkan shj iman tidor dalam kereta. Letih puasa katanya.  So parking pun senang. Sekiranya you all tak nampak, you all cuba cari tupai tupai restoran di situ. Kiranya betul betul opposite restoran tupai tupai ni.

Kul 6 petang ramai yang dah start sampai. So apa lagi gerak iman bangun, terus masuk ke dalam restoran tu. Tu diaaaa.. tengok stok utk steamboat dan bbq punyalah banyak. hahahaha rasa tak termakan ni. banyak nau nau, takpe kita rasa sikit sikit

 

Restoran D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Buffet

steamboat dan grill D'kayangan

haaa. nilah rupa kedai d kayangan

 

Seksyen 13, Shah Alam (Waze Acapella Apartment)
RM44.90 (Dewasa), RM22.90 (Kanak-Kanak)
RM35 (Warga emas / OKU)

 

Buffet Ramadahan :

Bermula dari 22 May 2017 sehingga 23 June 2017

 

steamboat dan grill D'kayangan

peminat sayur .. boleh pilih semua sayur2 nih

 

TIPS

  • Surau juga disediakan, korang jangan risau. Tapi apa aku buat.. hehhe amik wudhu siap siap, lepas tu bukak puasa dengan air segelas lekas lekaslah pergi surau sebelum orang ramai.
  • Makan buffet jgn terus amik nasi, nnt tak boleh masuk yang lain
  • Jangan Pulun air banyak. nnt perut dah kembung kan dah tak boleh makan yang lain

 

steamboat dan grill D'kayangan

khemah juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

 

Pelbagai Pilihan makanan

Pilihan steamboat and grill tu pun punyalah byk, lebih dari 40 jenis seafood, ayam, daging, ikan, fish ball, sausage, plus with perapan yang pelabagai seperti black paper, masak hitam, rempah and lain lain.

Tak pasti hari biasa bagaimana, tapi bulan puasa ni nampak gayanya pilihan makaanan banyak jugak tuk harga buffet RM45.00 ni. Sebab ada nasi dengan lauk pauk yang pelbagai, kerabu pun dah macam macam jenis. Nasi Beriani kambing pun ada you alls. Tapi kita orang rasa sikit jer sebab hahahah nak pulun makan steamboat buffet.

 

steamboat dan grill D'kayangan

yang ini .. makan ngan sambal dia sedap okayyy

 

Haa nak suruh korang rasa koay teow goreng. Yang ni memang sedap korang. Aku and iman ulang makan beberapa kali, sebab portion memula tu amik sikit.. pastu.. ” eh.. sedap lah pulak.. hahahah” kan dah kena tambah.

 

steamboat dan grill D'kayangan

iman ulang 2 kali amik koay teow nih

 

Dah abis makan, budak iman tu apa lagi pulun makan aiskrim, buah buahan dan rojak buah. Air pun banyak pilihan. Kalau korang jenis suka makan kuih, jangan risau  banyak juga kuih kuih disediakan.

Kita orang lepak kat situ sampai kul 9.30 mlm rasanya. hahaha kalau dah ramai ramai berjumpa sure lah macam macam cerita yang keluar kan .

Rasanya nanti lepas raya nak datang lagi, nak ajak abam datang sekali sebab pada hari yang sama abam ada event berbuka puasa dengan anak yatim di TPC kuala lumpur.

 

BACA : coffee societe juga sediakan juadah berbuka puasa

15 Comments

  1. Miera Hassan June 16, 2017
  2. YB Shehan June 16, 2017
    • azni June 16, 2017
  3. Dorsett Pink June 16, 2017
    • azni June 16, 2017
  4. Lisa June 16, 2017
    • azni June 16, 2017
  5. mas saari June 16, 2017
  6. Norliza Nordin June 16, 2017
  7. sueizza June 16, 2017
  8. shark June 16, 2017
  9. Qaseh June 16, 2017
  10. Qaseh June 16, 2017
  11. Nina Mirza June 16, 2017
    • azni June 18, 2017

Leave a Reply to azni Cancel reply

CommentLuv badge