Bengkel Fotofon bersama Sony Mobile

kerjasama MaTIC & Cosmoderm

BIla dah jadi blogger banyak benda yang kau kena godek, kena cari. Sesuai lah untuk orang yang macam aku ni. Bak kata laki aku jenih tak duduk diam. Ada sahaja nak buat hehehe. Masa zaman U dulu tak appreciate segala ilmu. Now memang terhegeh hegeh cari ilmu. Kali ni di bawah naungan group blogger Ben ashaari kami belajar pulak ilmu FOTOFON bersama photographer hebat dan ambassador SONY. Rahman Roslan.

BACA : Kelas belajar WordPress & SEO

Kali ini aku sebagai pengarah projek untuk Bengkel Fotofon Bersama Sony. Alhamdulillah atas kepercayaan team KBBA projek yang direncanakan dapat berjalan dengan lancar, walaupun adalah masalah masalah lain. (biasalahkan).

Pada 10 Feb 2018, di MaTIC kami geng blogger berkampung di MaTIC dari pagi untuk Ilmu yang super osem ni. Tak sangka betul Matic ada fasiliti yang best macam ni.

Aku sendiri pernah attend bengkel bersama saiful nang untuk basic photography tapi kali ini kami meneroka bagaimana Phone jugak boleh menghasilkan gambar yang best. So bukan lagi alasan untuk bermalasan untuk mengambil gambar kan!

Tenaga Pengajar

Rahman roslan merupakan photo journalist, documentary photographer yang mempunyai pengalaman yang sangat luas. Bekas pelajar Interior Architecture dan seterusnya meneruskan dalam bidang photography.  Hasil kerja Rahman termasuk beberapa agenci seperti AFP, Reuters dan Getty Images dan juga banyak terbabit dalam magazine lokal dan antarabangsa. Kini Rahman adalah ambassador atau duta untuk SONY Mobile.

Surprisingly rahman pun ada share beberapa photographer yang menggunakan mobile phone. seperti Hannah Reyes yang juga menerupakan National Geographic Photographer,  dan juga Johnstanmeyer. hurm… I’m impressed tak sangka pulak. hehe tak sia sia invest untuk beli phone baru ni

So apa yang kami pelajari hari tu ?

“Wherever there is light, one can photograph”  Alfred Stieglitz 1864-1946

Baca: Blogger Kbba9 menimba ilmu

Asas Teknikal fotografi

Untuk menghasilkan gambar yang  hebat kalau boleh kenalah master dari segi aspek teknikal seperti dibawah ini. contohnya ISO sangat penting untuk kita kontrol lighting yang masuk. Sekiranya amik gambar untuk yang bergerak laju pula perlu tahu untuk kontrol shutter speed.

Ini adalah benda paling asas sebelum nak petik petik kamera tu . WAJIB tahu

  1. Iso
  2. Apperture
  3. Shutter speed
  4. white balance – DSRL
  5. metering – DSLR

Asas Fotografi

So apa yang ada dalam GAMBAR. pula mengandung ciri ciri di bawah. Confirm hasil gambar akan seperti bercerita dengan sendiri.

  1. Light
  2. Frame
  3. Rule of third
  4. Foreground
  5. Reflection
  6. Perspective Line

Apps wajib tahu untuk Fotofon

Kelebihan dalam dunia digital ni proses transfer dan upload gambar pun lebih cepat. Walaupun pada mulanya aku agak skeptikal dengan final output ataupun resolution nanti.Tapi ada satu interesting fact yang rahman share dengan kami semua adalah kes taufan karima di US dahulu kebanyakkan footage yg cepat di upload adalah dengan penggunaan phone. Satu lagi yang aku terkejut, kelebihan phone android boeh di set secara manual seperti Dslr. Boleh kawal ISo, apperture jugalaa . Alamak aku ni pengguna tegar iphone hahah terkedu juga lah. Memandangkan bengkel kami di bawakan khas oleh SONY mobile so banyak juga menunjukkan kelebihan Sony experia. Hurmmm….Tapi bak kata Rahman, don’t worry kita masih mampu explore dengan beberapa apps seperti di bawah ini.

Praktikal

Bengkel ini berjalan dengan begitu santai sekali tetapi ilmu mencurah curah, sampai ramai yang ternganga hahah.. yerlah selalu rasa macam dah pandai rupanya tak pandai jugak. Sebab itu orang kata ilmu kena berguru.

Penaja

Alhamdulillah kami mendapat penaja penaja yang memang terbaik dah tidak lokek. Moga rezeki mereka juga akan murah.

Penaja Makanan : Tenaga Pengajar – Rahman Roslan @rahmanism by @sonymobilemy
Lokasi Bengkel – @MaticMy
Goodies Bag Peserta – @cosmoderm@sonymobilemy
Tajaan Sarapan – @RestoranNelayanGombak
Tajaan Dessert – @KhaisyaDelite@tasty_bake@irabakeri
Tajaan Minuman – @BrillPremiumCoffee
Tajaan makan tengah hari – @CafeCeritaKambing

A post shared by azni (@azni) on

3 Comments

  1. SalinaJohari February 16, 2018
  2. Bella idura March 2, 2018
    • azni March 2, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!