BBQ Lamb KL Kemensah yang ‘cool’

Akhirnya semalam sampai hajat nak datang makan di Bbq Lamb KL Kemensah. Sebenarnya dah lama dah usha tempat ni sejak sejak viral sebelum ini. Aku geram sahaja tengok orang dok up gambar tempat ni. Selain tengok tempat ni macam cozy dan yang paling specialnya sebab makan di dalam sungai.

Environment dah best sekarang ni kita nak tengok macam mana pula rasa masakan di sini. Melalui gambar sahaja tak cukup, kena rasa juga barulah puas hati.

BBQ Lamb KL Kemensah

Jadi alkisahnya pada 3 May 2019, berpeluang nak menjamu selera disini bersama-sama kawan-kawan KBBA. Kita orang dah janji nak ke sana seawal 6 petang tapi itulah kita mampu merancangkan. Punyalah Jem yakmat dari puchong nih. Fuh ngucap panjang weh. Hari jumaat masuk KL memang sakitlah sikit hahaha. Berpinau pinau ‘waze’ buat aku ke sana punya nak elak jam.

Yang pasti, kisah semalam di BBQ Lamb kL kemensah memang berselera sungguh kami menjamu selera. Hahah Entahlah, adakah disebabkan environment, makan beramai ramai tapi yang pasti memang sedap dan menyelerakan.

Surprisingly iman sorang balun 1 pinggan. Selalu share ngan mama dia jer.. memang sedap sangat lah tu. Payah tau dia nak habiskan 1 pinggan nasi. Bak kat husband pulak, sup dia pun sedap. Kami ni anak beranak memang food hunter. Iman tu boleh tak sentuh nasi kalau tak sedap tau. Susah juga jadi anak food blogger ni, sebab dia dah ter exposed dengan masakan yang sedap.

BBQ Lamb KL Kemensah

Dia tahu apa yang sedap dan apa yang tidak menyelerakan. Sorry Iman, mama hang dah spoiled kan hang.

Tapi serius, memang berselera betul kami anak beranak dengan kawan kawan yang lain menjamu selera. tapi macam aku cakap di atas tu, tengok gambar ni pun selera kena pi try rasa and cuba sendiri barulah tahu. kaaaan???

BACA : Senarai Buffet Ramadhan 2019

Maybe weekend masa yang terbaik untuk kesana. Bila baca dan google ramai yang singgah ke situ setiap kali selepas aktivit hiking dan bermanda manda disana

BBQ Lamb KL Kemensah

Apa istimewanya BBQ lamb KL Kemensah ini ?

  1. Istimewanya, terdapat beberapa meja yang disusun rapi di dalam air. Jadi kita akn menjamu selera sambil kaki terendam dalam air.
  2. Terdapat beberapa juadah yang menarik dalam hidangan set BBQ selain dari ikan dan ayam, terdapat daging burung puyuh dan juga itik
  3. Suasana yang nyaman, dikelilingi pokok pokok yang rendang dan bunyi air yang menderu sewaktu menikmati makanan

Kebetulan kedatangan kami semalam di perkenalkan beberapa Set khas untuk bulan Ramadhan. Jadi, kalau korang baca entri ni dah rasa gigit jari nak rasa jugak, hahaha jangan kecewa korang masih boleh menikmatinya

OPERATION HOUR FOR RAMADAN

Sepanjang 6May~2June 2019 waktu operasi adalah 4pm~6pm. Pertama kali dalam sejarah, nikmati berbuka puasa didalam suasana kampung dgn masakan barbecue serta pada mereka yg mahu berbuka di dalam sungai 6pm~10pm.

Kepada yg bukan beragama islam, anda masih boleh lagi river dining 4pm~6pm setiap hari. Untuk tidak menghampakan keluarga anda, sila buat tempahan seawal yg mungkin.

Untuk sebarang pertanyaan dan reservations sila wasap.my/60122114100. Belakang Zoo Negara. or boleh follow IG dia orang nih .. https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/

Sila share supaya kawan~kawan dan saudara mara yg lain tidak hampa untuk menimba pengalaman berbuka cara terbaru di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Note: Sesuai utk makan 4~6org untuk set ramadhan

BBQ Lamb KL Kemensah

Maklumat lanjut BBQ Lamb KL Kemensah


5 Comments

  1. ummi nani May 7, 2019
  2. ema May 7, 2019
  3. ChikTiedotCom May 9, 2019
  4. Mama Kembar Tiga May 17, 2019
  5. Ruby August 5, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!