Bangi wonderland theme park.. Jom kita terjun kolam!

Meh nak share pasal bangi wonderland.

Sebelum ni dalam group wassap dok citer pasal Bangi wonderland sebagai tarikan pelancongan terbaru ni. Gitulah mak mak, mesti sibuk nak cari tempat untuk bawak familikan. Korang pun mesti macam tu kan..kan..  Kebetulan ada kawan yang dok berdekatan kawasan Bukit Mahkota, rajin lah dok update. Semua looking forward nak pi.

Akhirnya 26 december 2016 sampai juga akhirnya… orang lain bercuti kat tempat lain, kami pilih nak mai sini sebab tak larat nak harung jem dikala cuti panjang krismas. Lagipun hanya mengambil mas 30 mins sahaja dari rumah kami ke sini. Senang ya amat.  Dari Equine terus menuju highway utara selatan. Keluar Tol kajang dan menuju ke arah selatan. Kemudian masuk lah di Tol Bukit Mahkota. hahaha senang sangat rasanya, tak tempuh jem lansung. Akak suker.!

Bangi wonderland

View bangi wonderland

Opkos lah pihak pemaju tu pun pikir untuk orang orang macam akak ni yang tak suka bersesak sesak and maybe target untuk kawasan sekitar bangi, kajang, putrajaya, seremban, dengkil, puchong. Tapi kalau orang dari selayang pun boleh mai aih… takdak masalah…

Pukul 9.30 pagi dah sampai tau, sebab takut parking susah and tak mau panas lagipun tempat barukan, belum ada experience.  As usual iman lah yang tak sabar sabar nak sampai. Budak dan kolam mana boleh dipisahkan, sibuk jer nak suruh tukar baju cepat cepat. Tak sempat masuk dalam sementara nak tunggu kaunter bukak dekat luar tu dah tukar baju siap siap.

Bangi wonderland

Iman and along yang pulun habis kalau mandi manda di bangi wonderland nih . semua depa pulun

Paling best.. husband dah cakap dekat iman kita tuju dulu magic funnel and yang atrraction best best ni. Total ada 16 permainan katanya.  Jenuh bagi briefing sebab tak nak dia pi tempat yang tak payah berator… Tapi bila masuk dalam ada geng pulak, hurmmmm  abis… hilang  di Kids Adventure haha… memang jadi tak tentu arah. Abis strategy husband nak pi main slide yang best best.

Tapi, huhuhu… aku pulak tak berapa sihat, berendam sikit- sikit .. sambil tengok anak. Sangatlah RUGI.  Tapi anak seronok mak pun tumpang seronok. Jadilaa…

kalau korang tanya review aku ..

Not bad and sangat berbaloi dengan harga yang di kenakan

You all janganlah bandingkan dengan sunway lagoon. Not fair lah kan. harga pun jauh beza  Tapi kalau bandingkan dengan Desa water park atau theme park di taman tasik shah alam, bagi aku Bangi wonderland ni lebih banyak bagus  sebab rides dan attraction yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan at RM58.00 for adult.

Bangi wonderland

Harga tiket untuk masuk ke bangi wonderland

Psst… ada geng blogger  share..

Kalau nak murah.. rajin rajin lah tengok promo di Groupon dan 11 street. Harga jauh lebih murah dari beli walk in.

 

bangi wonderland

salah satu tarikan di bangi wonderland yang masih baru and bersi

Simple review 

  1. Tempat baru so  barang barang masih baru and molek molek lagi, korang kena grab peluang ni. Heheh korang kena p lekaih.
  2. Bila selam dalam kolam, bersih and biru lagi sebab pernah lah buat kat tempat lain.. hahaha.. geli
  3. Attraction yang ada kira terkini sebab pernah pergi tempat yang lain tak jumpa pulak ada macam “canon” tu , “magic tunnel”tu kira highlight attaction yang terkini even sunway lagoon pun baru pasang 2/3 thn lepas., Lagi satu iman cakap “boomerang”.
  4. Aku suka locker tempat simpan barang kat sini. Sebab di beri gelang yang kita perlu scan dan boleh buka banyak kali. Setengah tempat tu kalau dah bukak abislah.. kena masukkan duit balik semula. Barulah senang nak simpan duit dalam tu. So banyak kali bukak pun takder masalah.
  5. Makanan yang di tawarkan ada variety juga. Aku beli roasted chicken dan air combo RM12. Walaupun mahal tapi ada berasa juga makanan dia. Standard food court di shopping complex.
  6. Tempat tukar baju perempuan bersih. walaupun dengarnya tempat laki tak berapa bersih. hahaha ini masalah attitude orang kita.

Penambahbaikan

  1. Kaunter untuk beli locker tu kena asingkan untuk bayaran dan juga pemulangan
  2. Tempat makan  utama tu perlu pikir bagaimana untuk alirkan air keluar di lantai
  3. Lantai agak licin, memang kena berhati hati. Rasanya ada solution untuk jadikan lantai tu ada rasa kesat sedikikan.
  4. Signage perlu diperbanyakkan.
  5. Jalan keluar dan masuk sama, so pengunjung macam aku ni agak confuse ( orang design mmg akan  rely benda2 mcm ni as guidance) hehe.
  6. Tempat makan perlu banyak, buang masa untuk berator dan letihnyaaa beratur. huhuhu.
  7. ATM machine kalau ada lagi bagus. Takut orang lupa keluar duit.
  8. Signage dari Tol bukit mahkota untuk masuk ke dalam perlu di naikkan, rasanya tak nampak pulak.

Tips

  1. Sampai awal pagi before bukak senang parking, orang pun tak ramai lagi
  2. Beli tiket awal awal – online lebih baik, dan ada line khas untuk  mereka yang beli online
  3. Makan breakfast dulu di luar hahaha… perut kenyang hati senang baru boleh berendam.  Main air perut lapar weh
  4. Tuju rides yang perlu beratur terlebih dahulu

So kalau korang tanya aku nak pergi lagi ke dak… Opkos akan pergi lagi sebab ralat tak dapat berendam dalam keadaan tidak berapa sihat. Walaupun tempat tu masih baru dan dalam proses penambah baikan, aku rasa dengan value RM dengan attraction yang ada tu berbaloi dan harapnya pihak management akan terus improve service yang ada.

alamak.. takder gambar aku ler.. abam and iman jer nih.. okay… kena p semula.. heheh.

 

14 Comments

  1. Shiqeen Sattar December 27, 2016
    • azni December 27, 2016
  2. mas saari December 27, 2016
    • azni December 27, 2016
  3. Dura Norell December 27, 2016
    • azni December 27, 2016
  4. Nany December 28, 2016
    • azni December 29, 2016
  5. Ema December 28, 2016
    • azni December 29, 2016
  6. JULIA JOHARI December 28, 2016
    • azni December 29, 2016
  7. Cucu Husin Lempoyang January 8, 2017
    • azni January 8, 2017

Leave a Reply to JULIA JOHARI Cancel reply

CommentLuv badge