Bajet 2017 Malaysia

Hari ini PM  akan  membentangkan bajet 2017.

Bajet 2017

Sebagai pekerja di bawah sektor semi gomen atau GOC, sebenarnya terasa risau jugak. Bila mana dengarnya beberapa GOC and GLC mula menawarkan MSS. Silap silap ada yang kena buang tanpa pampasan. Malah kontrak pekerja pun banyak tak diperbaharui. Apa agaknya isi kandung Bajet 2017 nnt.

Bak kata kawan kawan aku, cuba tengok gerai nasi lemak yang tumbuh.. itu petandanya masing masing mencari sumber pendapatan kedua atau memang dah tiada kerja.

Memang terasa tempias kegawatan ekonomi. Tengok sahaja lah sektor  Oil & Gas yang masih betul betul pulih.  walhal itu salah satu sumber kewangan kepada negara kita.

Kalau baca blog Tun Mahathir, mmg naik semput… nerbes mak tau.

Meh nak share beberapa info yang di luahkan oleh beliau berkenaan Bajet 2017

  1. Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bajet akan datang, pelan fiskal kewangan kelapan di bawah Najib sebagai tidak bermakna, memandangkan tabung kerajaan kini menghadapi kemarau kewangan.
  2. “Tidak dinafikan sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.
  3. “Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan. Mereka tahu sejak dua tahun lalu, kementerian telah diberitahu bahawa tidak ada wang dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.

paling tak tahan yang ni

“The money is being used for winning popularity for the Prime Minister.”

ERK!!! krik krik krik..

4. Di bawah BRIM biasanya rakyat di janjikan RM500 seroang. Dengarnya Kali ini Bajet 2017 RM1000.00 untuk tahun hadapan.

aduhai.. biar betul…??? Macam tak lojik pun ada. Dalam keadaan ekonomi sekarang kenapalah ambil tindakan sebegini. Adakah sebab tahun hadapan Pilihanraya.???

Tapi ada beberapa benda yang aku sendiri nak dengar dalam Bajet 2017

  1. GST
  2. Pemotongan subsidi – dengar kata minyak masak takda subsidi. kesannya, abislah semua barang akan naik
  3. Pembelian rumah pertama
  4. Bantuan kepada small business
  5. Pemotongan Eksais duti kereta

Aku adalah non partisan. tapi aku tetap mengundi.  (undi adalah rahsia).

Sebagai rakyat, aku mengharapkan pembentangan yang lebih bijak dan masuk akal.  aku tak tahu lah orang  lain macam mana, tapi mmg aku risau ya amat. sbb ini akan menentukan hala tuju kerajaan kita. Malah yang lebih tepat kewangan negara kita.

kita tengok jelah Bajet 2017!!

 

 

Add Comment

CommentLuv badge