Backpacker, flashpacker or rombongan cik kiah? Jom ke bandung.

Saya mula jejak ke bandung ni dari tahun 2007, secara purata  2 tahun sekali pasti pergi bandung.

Kalau tengok entri travel ke bandung sebelum ni, macam macam dah cuba travel di sana. Dari takde anak sampai anak dah besar . Sebenarnya kadang2 kos ke bandung ni lebih murah berbanding travel dalam malaysia dengan syarat  dapat tiket dengan harga yang murah… di ulangi.. TIKET MURAH

Baca : Bandung oh bandung

Kalau tengok tajuk atas tu ada 3 jenis travel, cuma kena tahu masa bila, berapa orang yang travel, berapa hari, dan apa tujuan travel.

Basically semua saya dah rasa. cuma bab backpacker tu belum sampai tidor hostel sbb bandung hotel murah, rugi lah pulak !. Semua ada pro and cons. So sebelum tahu konsep travel anda cuba baca dulu entri saya di bawah ni untuk buat pertimbangan. Info ni masih menekankan  bajet travel yer, kalau nak yang taraf mewah mungkin tak relevan lah kut.

1.Jumlah org yang akan travel akan menentukan konsep  travel anda. 

Berapa orang yang pergi ? 2 orang or 2 adults + kids or ramai ramai? kalau berdua sahaja saya  tetap nasihatkan janganlah ambil  taxi di bawah kelolaan tentera udara bandung tu. Taxi lain tak boleh masuk situ kecuali hantar orang balik ke airport. Bagi saya sangatlah mahal. so  saya rasa sebaiknya ambik transport siap siap dan pulun terus pergi tempat yang jauh jauh. cukuplah utk 1 hari.  The next day boleh amik transport bluebird yang ada ada agro or meter. ataupun amik angkutan kaler hijau tu. murah jer beb.  tapi kena tahu lah laluan mana nak di tuju.

Kalau lebih 4 orang, amat berbaloi amik transport sepanjang berada di sana. sebab kos per person boleh di bahagi secara purata. Contoh, baru ni travel seramai 11 orang, amik terus transit utk 13 orang . Senang sangat sangat.

floating market bandung

floating market bandung

2. Hotel dimana?

Konsep travel anda akan menentukan pilihan hotel. Kalau anda berdua konsep flachpackers (bekpek + soping + photog)  dan tujuan utama mmg untuk bershopping dan liburan, cari lah hotel di area soping di jalan dago dan jalan Riau.  So boleh ulang alik naik taxi blue bird dan angkutan tu. Jimat banyak.   jangan lupa cakap “kirik, kirik, kalau nak berhenti”. Tapi kalau ramai, amik lah transport tak kisah lah hotel mana pun. tapi jangan jauh dari tempat soping supaya tak tempuh macet (jammed) buang masa nanti.
Saya pernah juga booking  melalu AIRASIAGO, 4 hari 3 mlm, hotel + flight RM230 per person, hotel agak jauh dari tempat soping tapi masih untung. boleh amik taxi.

3. Travel sendiri atau ground pakej.

Jumlah yang follow untuk travel akan menentukan bagaimana untuk travel. berbekpek atau rombongan cik kiah. hehehe.

Selama hari ini saya hanya travel dengan suami dengan anak, tapi atas permintaan family saya, saya buat sistem kutu RM50.00 sebulan.  kalau  saya travel dengan my small family ni kos bawah Rm1200 sahaja  or maybe less (flight+hotel+mkn+transport)  dengan acara yang agak bajet sebab saya hanya ambik transport utk pergi tempat jauh. Tetapi untuk jumlah yang ramai sebaiknya ambillah transport. Tapi bila ramai2 ni kos agak tinggi untuk family kecil saya, tapi takpalah sbb nak bawak kakak2 jalan. Jadinya, total kos dalam Rm1700.00 utk 3 orang angggaran kasar lah.

Nasib baiklah saya dapat info dari KIKI Bandoeng dalam group back backers malaysia.  Bila ada recommendation yang baik dari orang lain baru saya berani ambik. hehehe maklumlah sebelum ni travel lsendiri, tanggung sendiri, ni bawak kakak kakak yang dah taraf makcik makcik.. nak mampuih.. kalau kena tipu naiyaa…naiya…

hotel zodiak bandung

di hadapan hotel zodiak bandung

4. Siapakah yang bersama anda ?

Kena tengok  umur ahli keluarga yang pergi bersama anda. kalau my small family , husband + anak 7 tahun, kami biasa naik angkutan, taxi dan tut tut. anak dah ajar dari kecik naik angkutan, sbb mmg nak bagi dia lasak konon nak soh jadi backpackers mcm mak pak dia. tapi kalau ada ahli keluarga macam rombongan cik kiah yang saya bawa baru baru ini, dari umur 6 tahun sehingga 56 tahun, tahap umur yang sangat besar maka ambillah transport.

Nasib baik laaa.. amik transport, sebab bila cik kiah semua ke pasar baru, mata dah tak boleh control. Abis semua nak dibeli hahaha.. pergerakan dari satu kedai ke satu kedai tersangat lah susah kalau ada barang byk. Kiranya ni first experience juga lah siap ada shopping assistant dan potter khas yang angkat barang. cakap sahaja nak cari apa maka shopping assistant akan bawa. siap siap shopping barang barang tersebut boleh tinggal sahaja di kedai tersebut kemudian dah habis sopping masuk van semua barang dah ada. senang bangat, heheheh. sebelum ni pengalaman jalan sendiri kena bawak bag beg utk isi barang, plus bawak stroller anak lagi sangatlah haru.

So kesimpullanya ambil lah transport yang provide servis sebegini.

 

5.Dari rumah ke airport dan boarding. 

Flight kami pada pukul 6.40 pagi, jadi kami bawak kereta ke putrajaya sentral. ambil ERL paling awal pada pukul 5 pagi. kira dah cantik sampai di KLIA 2. siap check bag kami pun masuk ke platform.

Group terpecah dua, sebab ada yang jalan cepat dan ada yang jalan slow. standard lah kan rombongan cik kiah.

Group yang saya bawa tu agak perlahan sbb ada kakak yang tak berapa kuat jalan, tiba tiba sahaja kami tak nampak group yang di hadapan jadi kami ingat kami dah jauh ketinggalan. so saya dah plan sembahyang di surau yang berhampiran platform. Sewaktu nak sembahyang baru perasan dah 6.00 pagi, kelam kabut kami sembahyang, ingatkan kami lah orang yang terakhir. rupanya group yang lagi satu telah pilih surau yang jauh dari platform dan terpaksa berbaris sewaktu scanning proses yang terakhir. Jadi cuba bayangkan bagaimana mereka berlari.  hahahah.

Pilihan surau yang berdekatan dengan platform tempat kita naik sangat penting okkay.

12376864_10209553706584363_1634552129584134308_n

Total kos rombongan cik kiah 3hari 2malam

  1. Flight RM291 (purata)
  2. Hotel + transport  RM 200 seorang
  3. Makan – lunch + dinner  = RM110 seorang (nasi padang, sunda dan western)
    TOTAL RM600 seorang.

hehhehe amacam? okay tak… Shopping sendiri lah tangung hahahahah..

Jadi impian kakak2 saya yang tak mampu nak jalan ke bandung sebelum ni dapat terlaksana dengan kos yang murah dan berbaloi… huhuhu sebab agen tak bertauliah ni tak amik charge pun . janji diorang happy.

dorry fish with lemon sauce

dorry fish with lemon sauce

 

FYI Travel agent selalu akan charge Rm700 utk ground pakej., dan ada kawan yang pergi 4 hari 3 mlm RM1100 all in.

 

 

2 Comments

  1. YB Shehan April 5, 2016
    • azni April 5, 2016
  2. Pingback: tips menabung untuk travel December 6, 2016

Leave a Reply to azni Cancel reply

CommentLuv badge