Awan nano I yerweng Betong Thailand yang menakjubkan

Aku ni namanya je orang Gerik, tapi hanya jejak betong Thailand tu dalam 2 kali sahaja. Biasanya masuk sana hanya untuk makan makan tapi kali ni tergedik gedik nak ke sana kerana awan nano I yerweng. Osem yakmat bila tengok gambar2 tu. Ada orang panggil awan karpet, ada yang panggil sea mist betong.

 

Macam laut kan awan nano di belakang tu

 

22 December 2018,  we all naik ke penang  terlebih dahulu kerana abam nak ambik barang beskal, we all tidur semalam di penang so sempatlah naik Bukit Bendera waktu malam. View pun cantik juga, ada aku share dalam instagram aku. Dah sampai penang apa lagi, wajib lah makan makan hahaha.😝

So korang ada 2 options ke sana

  1. Plus Highway terus  ke utara , lepas tu masuk Highway Kulim – Gerik – pengkalan hulu -betong
  2. Plus Highway keluar Kuala Kangsar -Lenggong – Gerik – Pengkalan hulu-betong

Untuk kami, the next day we all gerak ke Gerik, hanya mengambil masa dalam 2 jam dari Penang ikut highway Kulim -Gerik. Aku tidur semalam dirumah arwah bapak aku, dan we all gerak dalam kul 11.00 pagi. Perjalanan hanya 1 jam sahaja dari gerik  masuk ke Betong.

 

 

Urusan di Imigresen sangat cepat sebab tidak seramai orang di Hatyai. Belum viral sangat kut heheh. Lepas ni abis lah semua orang kejar nak tengok awan nano.

 

Apa menarik di Betong, Thailand

  1. Makan-makan di Betong.
  2. Air panas Otop Village
  3. Postbox terbesar di dunia
  4. Piyamit Tunnel
  5. Taman winter Flower Garden
  6. Awan Nano I -yerweng

 

We all stay di butterfly hotel hanya rm90 semalam. Agak besar juga bilik ni

 

Shopping tu okay juga, boleh lah beli jersey. Tapi aku ni fokus (konon), heheh aku hanya nak makan dan tengok awan nano. Adalah beli sikit untuk kawan kawan di ofis. Cuma ralat tak beli beras pulut, rupanya kawan-kawan aku berminat . Aku ni tak berapa nak masak masak kuih ni, jadi tak beli lah hahaha.

Jadi kalau korang ke sana jangan lupa cari yer!

Kita orang tak pergi semua pun, hanya pergi Piyamit tunnel dan Awan nano. Best jugak tau pengalaman di piyamit tunnel. Nanti aku share video disana. Tak sangka jumpa komunis real punya, hahah siap interview video dengan dia orang nih  dan paling terkejut mereka adalah  orang cina malaysia dari selangor.

Makan Best di Betong

Tapi kalau korang lajak ke sana, korang wajib cuba beberapa masakan di sana. Juadah korang patut cuba semestinyalah tomyam, kengsom, daging merah yang best, sangat berbeza di Malaysia. Ianya tidak berkuah.

Korang wajib cuba Perut lembu goreng. Rasanya hanya di Betong sahaja yang ada, hatyai pun tak ada. Makanan of course halal. Orang islam yang masak.

 

kerana perut goreng nihlah aku teringat ingat Betong!

 

 

 

Pulut mangga, pulut ayam eh.. kenalah cuba. Pulut sana molek sangat kejadiannya.

Hari pertama sampai, perut dah lapar. Memang waktu lunch. Terus tuju Kedai yang aku biasa pergi makan perut goreng  tapi malangnya tutup, mujurlah ada kedai yang berhadapan tu bukak. so tak dapatlah aku merasa perut goreng yang sedap tu.  Aku cuba jugak kedai tu tapi tak berapa umpph.. tak puas hati,  Kedudukan kedai ni berdekatan dengan pasar basah, kena masuk lorong belakang sikit.  Ada 4 kedai muslim di situ .

Aku cuba lagi kedai lain keesokannya sewaktu perjalanan pulang ni geng geng motor aku yang suggest terjah kedai sulaiman ni. hurmm.. puas! tak sia sia kita orang pusing 2 kali cari kedai ni. We all makan perut goreng, sup tulang lembut, udang petai, daging masak merah. Mabeles

Sempat juga mencuba beberapa juadah sarapan orang muslim betong, Lebih kurang macam kita tapi tak ada nasi lemak yer. nasi pulut ada.

 

Kedai sulaiman, 2 km dari pekan betong menju ke imigresen.

 

 

Cakoi tu sedap, cekodok keledek tu pun sedap sangat. Depan hotel butterfly

Menuju awan nano I yerweng

Kalau tengok google maps, mengambil masa dalam 45 minit dari pekan betong.  kebetulan minggu sebelum tu adik ipar aku ada ke sana, katanya dia orang sewa tuk tuk untuk 8 orang dengan harga RM200.

hurmm.. mahal jugak tu!

Terpikir juga kenapa dia naik tuk tuk, rupanya dia orang terlupa nak beli simkad kut, sedangkan husband dia dah pergi beberapa kali dengan motorsikal ke situ

So we all stick to our plan, naik sahaja kereta kesana.

3.30 pagi dah bangun. so lebih kurang jam 4.00 pagi we all dah gerak ke sana. Akan melalui 2/3 kali pos kawalan askar thailand. hurmm.. suspen jer. Punyalah sunyi pekan betong ni. mulalah hati gundah gelana, patut sewa tuktuk ker.. hahah.. tapi separuh perjalanan nampaklah van pelancong dalam 2 biji. We all assume dia orang akan menuju tempat yang sama.

So hati lega sikit. We all follow je van tersebut dan ON Waze dalam masa yang sama. Tapi dalam satu selekoh membukit sedikit,  husband aku  cuba nak  follow yang salah satu van tengah overtake van kedua, tapi tetiba rasa gayat pulak sbb 2 kereta potong dalam masa yang sama.

Tetiba rasa ada kereta di hadapan, husband aku pun masuk semula tapi kena honnnn.. dengan salah satu van tersebut huhuhu.. Yer .. agak rapat juga, sbb dalam keadaan panik sikit.  Sudahnya we all berada diantara salah satu van tersebut untuk beberapa minit.

Bila ada ruang we all potong van yang di hadapan kami.

We all dah ke hadapan, kiranya dah tinggal lah kedua van tersebut. Dengan jarak yang agak jauh, sejuk dan sunyi aku tetap rasa naik tuk tuk bukanlah pilihan terbaik ke sana.  Bawak kereta sahaja lebih baik.

Alamak garangnya orang siam ni

Husband aku terus pandu kereta ikut waze, tapi Jalan yang masuk ke dalam tu memang kiri kanan hutan. Aku macam cuak jugak. terbayang hantu siam keluar hahaha

Sesekali ada lah kampung. Tiba kat satu simpang tu waze ni lambat pulak update, so we all dah salah simpang. Kiranya masa dah lari dalam  dalam 5 mins. We all amik keputusan patah balik bila tak nampak van tadi

Semasa we all uturn waze pun menunjukkan simpang yang we all silap tadi.  Seterusnya Jalan agak menaik dah masa ini.

Akhirnya we all sampai juga di kawasan bukit tersebut dan nampaklah van tersebut. Dalam proses nak parking tu, tiba tiba sahaja kereta kena ketuk kuat.

Alamak!

Pemandu van tu terus maki husband, dengan bagi bahasa isyarat scene potong tadi. Muka yakmat samseng oit!!!  dia siap cakap “this is thailand, you better watch out, remember aa.. this is thailand ! ” lebih kurang macam tula. Dalam 2-3 minit jugak lah agaknya dia maki kita orang.

Husband cakaplah sorry sebab memang tak nampak and tak perasan hampir kena. Tapi korang tahulah cakap ayam and itik. dia tak faham pun. Dia tahu nak maki maki jer.

Mujurlah mamat yang jaga parking tu orang islam kita. Mamat siam tu siap tanya pada mamat parking kita orang ni Muslim ke ?. Terus terusan tunjuk rasa tidak puas hati, macam nak bertumbuk dah gayanya. Nasib baik lah ada mamat parking tu  dia yang cool downkan mamat tu. kita dah cakap sorry pun dia dok tunjuk samseng juga.

Mamat parking tu cakap orang siam ni memang macam tu, tak macam orang Islam kita. Dia orang memang ala ala samseng sikit, cepat panas hati cepat marah.

Aduii.. itulah orang siam ni. memang sangat-sangat garang and sombong. Pagi tu Kejadian kita orang beli simkad  pada pagi tu pun lebih kurang macam ni lah. Padahal nak beli barang dengan dia, pun boleh nak cakap dalam suara yang agak tinggi.

Pointnya di sini hahah.. jangan main main dengan orang siam.

 

awan nano I yerweng

Awan Nano I yerweng di Gunung Silipat

Kalau korang google gunung silipat sebenarnya inilah tempat yang sama. Untuk hikers kebanyakkanya kenal dengan nama ini. heheh untuk orang tak berapa nak hikers macam aku ni search tempat ni sebagai awan nano iyerweng . Gitulah .

Kalau korang awan nano I yerweng, ada yang akan arrange kereta korang unntuk parking supaya lebih teratur. Toilet juga disediakan tapi yang paling best ada surau. Lega sangat!

 

Surau di puncak awan nano

 

Sebelum naik ke awan nano I yerweng  we all tunggu dulu masuk subuh, dan terus pergi ke kawasan tunggu naik motor. Ada orang pilih untuk berjalan kaki, heheh kita orang tak berapa nak rajin tambah pulak si kecik tu ngantuk lagi. Bayaran hanya RM2 naik, dan RM1 turun. boleh benor lahkan.

Terdapat dek di kawasan puncak dan beberapa kawasan lain yang agak rendah.

Masa we all sampai tak  berapa ramai sebab we all group terawal juga, nasb baik jugak. So we all duduk dalam 30-40 mins menunggu sun rise. Penting oo nak cari port untuk ambik gambar nih .

Memang cantik bila matahari mula naik, pancaran matahari tu dicelah celah awan nano tu, uuuhhh.. cantik yakmat. semua orang pun berebut nak ambik gambar. So acara ambik gambar tu dalm 30 mins juga lah, sebab susah nak ambik gambar dalam keadaan orang ramai.

Banyak sangat photo bomb! memang mencabar. Berbeza kenangan di Yogyakarta, kita berada di bawah melihat view kabus dan gunung merapi. Ini kita berada di atas, tapi lautan kabus atau awan nano i yerweng itu berada di bawah kita.  Rasa macam nak terjun and lompat- lompat macam dalam cerita kartun

 

awan nano I yerweng

masing masing duduk melihat awan nano terbentuk sementara menunggu matahari naik

 

Lagi satu , ambik gambar dengan handphone walaupun IphoneX heheh memang tak best. tambah2 bila membelakang kan cahaya naik tersebut. Melainkan memang nak effect sillhoute.  Kebetulan aku bawak LED portable. Okay sikitlah . So nampaklah muka.

Bila ada ruang kita orang dapat setup kamera Fujifilm kita orang dengan flash barulah aku puas hati tengok gambar tu.

 

awan nano I yerweng

 

Moral of the story, if korang memang nak capture gambar pemandangan  dengan handphone memang tak cukup. Rugi betul selfie, melainkan korang nak muka korang yang lebih besar dari awan nano I yerweng hahahah… tapi kena pandai cari lighting yer

Semasa perjalanan turun ada jugak kedai yang buka untuk breakfast. Orang Islam yang menjual tu. Kita orang dah terlepas sbb susah sikit nak parking jadinya we all jalan je terus balik, nak cover tidur balik. Oh sewaktu turun, kami melalui kawasan yang tebal tersebut, terasa air di tapak tangan. Sejuk!!

Boleh baca info pasal awan nano di harian metro juga sekiranya korang nak info lebih pasal kawasan betong ni. Jangan lupa baca pasal kisah komunis di Piyamit tunnel pula. 2 entri ni sahaja aku buat untu kisah travel kali ini .

 

 

21 Comments

  1. Ann Noura December 28, 2018
  2. TENGKUBUTANG January 3, 2019
  3. Suria Amanda January 3, 2019
  4. khai artzfar January 3, 2019
  5. nikkhazami January 3, 2019
  6. Min January 3, 2019
  7. huda halid January 3, 2019
  8. Mimi January 3, 2019
    • azni January 3, 2019
  9. Hanny Abdullah January 4, 2019
  10. Saidila Rahman January 4, 2019
  11. Kayathre January 4, 2019
  12. Rawlins GLAM January 4, 2019
  13. Rawlins GLAM January 4, 2019
  14. Nina Mirza January 4, 2019
  15. The Malaysian Trivia January 4, 2019
  16. Penaberkala January 4, 2019
  17. Nadia Johari January 4, 2019
  18. Wui Kathy January 4, 2019
  19. henrytan January 5, 2019
  20. Racheal Loh January 8, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!