Japan trip – part 9 Auction Tuna di Tsukiji Market

 Jom Tengok  Auction Tuna di Tsukiji Market…

Semuanya kerana kegilaan kami anak beranak suka tengok rancangan Wicked Tuna di discovery channel. Teruja tengok cara nak tangkap ikan, teruja nak tengok size tuna yang besar, cara ikan itu diberi harga and lain lain. Memang best rancangan tu.  Jadi haruslah we all tengok Tuna Auction nih!.Rare kut… mana lagi nak tengok kan.

Maka persoalan entri sebelum ini..kenapa tak stay sehari lagi di Ikebukuro ? Sebab sbb Shintomicho ni dekat dengan Tsukiji Market yg ada acara Tuna Auction. Sesi auction biasanya mula pada pukul 5.25pagi. Dan biasanya org yg nak dtg tengok auction ni perlu dtg seawall 2 -3 pagi utk mendapatkan vest.

Baca : Day 8 Ke Ueno Park

Ok ok..mcm ni setiap hari Cuma 120 pengunjung saja yg diberi masuk melihat auction ni. Akan ada 2 sesi ( 60 org setiap sesi). Jadi vest akan mula diberi pd pukul 3 pagi. Org yg ke 121 tak akan dpt vest tu. So we all kena menetap di tpt yg dekat supaya bopleh berjalan kaki ke pasar tu. Train cuma akan beroperasi bermula pukul 5 pagi. So kalau dok di Ikebukuro mmg tak sempat.

Auction Tuna di Tsukiji Market

3 jam menunggu weh

Kami menetap di Shintomicho APA Hotel. Bilik harga dalam RM250..sekangkang anak kera je luas biliknya tapi facility tip top. Semua ada. Toilettries nya dah mcm 3-4 star hotel kalau kat tpt kita. Lebih kurang pukul 1.30 pagi kitorang dah bangun. Gosok gigi dan lap2 skit je…hehehe sejuuukkk..Dapatlah tidur dlm 4 jam. Iman pun bersemangat nak tengok tuna. It is about 15 minutes slow walk dari hotel tu ke tsukiji market. Thanks to staff hotel tu yg tunjukkan map ke sana semasa we all check in sebab masa sampai di tsukiji tu ramai juga kata derang sesat nak cari tpt tu pagi buta ni.

Auction Tuna di Tsukiji Market

punyalah kecik hotel yang berdekatan tsukiji market ni. tapi ni yang terbaik kut

Sampai dalam pukul 2.30 queue da ada dah depan pasar tu. Rasanya we all org yg ke 30-40 kot. Fuhh sempat dpt vest hijau yg akan masuk utk sesi 1 (5.25am). Pengunjung ke 61-120 akan dpt vest kuning. Depa akan masuk pukul 5.50pagi. Lepas beratur dan dapat vest, kena tunggu pulak dalam ruang menunggu. So ada 3 jam lagi nak tunggu. Ada yg tgk movie kat handphone or tab, ada yang bersembang, ada yg keluar masuk bilik tu, dan ada yg melelapkan mata. Actually situation memeng kitornag dah prepare sebab byk blog entry yg ada cerita psl proses ni. Dlm kol 4 pagi masuk pulak Mr Kosei ni dan memberi briefing psl proses auction dan juga pasal ikan tuna, antaranya bahagaimaana ikan tuna yg plg mahal, jenis2 ikan tuna, Menarik jugak, at least hilang rasa bosan kejap. Very entertaining and informative jugak Mr Kosei nih. Dia juga salah sorang yg akan membida ikan tuna nanti.

Kebanyakkan yang datang ni orang putih.. org melayu kami jer masa tu… tapi jumpalah jugak 2/3 orang malaysia. Sah orang melayu tak minat erk… korang rasa camner?

Tepat pukul 5.25 pagi, yg memakai green vest akan dipanggil beratur dan akan dibawa ke tempat membida tuna. Hari tu Iman merupakan satu2 nya kanak2 yg ada dan guide tu pun panggil dia untuk ke depan line sekalai..waah mak bapak dia pun ikutla sekali.

Auction Tuna di Tsukiji Market

muka tak mandi hahaha. dan muka ngantuk. besar kan tuna tuuu.

Tempat membida ikan akan berlaku di belah kiri dan kanan di mana kitorang semua akan berdiri di tengah. Masg2 tgh prepare melihat2 ikan mana yg nak dibida dan kitorang pulak tgh prepare nak tgk yg belah kiri atau kanan. Ok. Sebenarnya hanya satu belah saja yg akan membida. Rasanya yg sebelah lagi tu ialah untuk next session. So, kitorang yg target sebelah kiri ni dok terpesona tgk ikan2 tuna yg besar besar, rupa-rupnya proses membida utk sesi kitoran ialah belah kanan. Fuhh…cepat betul proses auction ni, nasib baik dpt jugak amik gamba dan video. Tuna auction di Tsukiji market ni mm sekejap je yapi nak menunggu tu lama…namun bagi kitorang berada di tengah2 proses membida ialah amat priceless sekali. Dahlah cakap bahasa jepun.. cakap kemain laju. tapi itulah yang kita orang nak tengok.

Lepas bagi semula vest tu, ada yg pergi tengok2 lawasan pasar sebab ada kawasan dah mula menjual sarapan. Katanya sushi kat sini fresh, tapi kitorang taklah cuba. Terus jln semula balik ke hotel. Dptlah tutup mata kejap, untuk teruskan program hari ni.

Baca : Trip ke Bamboo Forest 

Hari ni Sayonara Tokyo sebab kitorang nak blk semula ke Osaka. Ramai yg dari turun di Osaka (Kansai) dan balik dari akan balik dari Tokyo (Narita/Haneda). Tapi kitorang ni tersilap sikit sebab beli tiket balik pun dari Osaka. Tapi ada juga hikmahnya. Semasa di Malaysia we all dpt notis flilght balik delay, so AA bagi option kalau nak refund or choose any date untuk balik with no additional cost. So kitorang pun tambahlah few more days. So dptlah pergi few places yg tak sempat pergi dan tambah sikit tpt2 baru.

jom balik tidor.. ngantukk

Tips hari ni.

  • Kalau nak ke tuna auction tu doklah di hotel2 yang berdekatan (walking distance) dgn Tsukiji Market. Dan make sure you all tanya betul2 org hotel tu arah ke market tu masa check-in ye. On another note, dengar cerita pasar ni nak di pindahkan ke tempat baru. So pls double check.
  • Melihat tuna auction mmg amat ‘rare’ dan priceless tapi pls be prepare untuk meniunggu beberapa jam. Auctionnya sekejap je. Bawaklah gajet2 dan power bank or apa2 yg boleh dilayan. Kat situ ada vendor machine jual kopi. Don’t worry…hehehe

5 Comments

  1. sueizza January 24, 2017
  2. YB Shehan January 25, 2017
    • azni January 25, 2017
  3. syanash October 3, 2017
    • azni October 8, 2017

Add Comment

CommentLuv badge