Ali sara sedapnya

Peminat  tomyam atau makanan siam.. aku suggest.. pergila lah cuba restoran ali sara. Abagi aku tidak sama dengan resotran tomyam yang lain. Sangat berbeza. Menunya memang tak pernah jumpa di tempat lagin.

Bagi aku memangg terbaeklah tetapi harganya mmg boleh tahan juga.hahah.. Ini aku bagi warning Tapi  kepuasan dijamin. Orang kata berbaloi baloi sangat.  Lokasi restoran ini terletak diarea puchong indah berdekatan puchong perdana atau pun landmark utamanya Tractors Malaysia. Haa aku bagi terus loacation google map untuk korang refer nanti.

RESTORAN ALISARA (Thai Cuisine)
23 Jalan Indah 3/2.
Taman Puchong Indah
03-80624205.

waktu operasa bermula 5 petang

 

Menu kesukaan satu famili

Aku lupa pulak nak ambil gambar menu. Tapi kalau ikut tekak aku and famili tiap kali pergi situ.. tomyam seafood tu selalu juga kami order. harga terkini dalam Rm20, tapi siap ada ketam. Kedua korang kena cuba daging matahari.. Daging mataharini ni macam dia goreng kering tapi diletakkan bawang putinh dengan banyak. Yang buat sedapny bila dia diciah dengan sos.

Restoran Ali Sara

Daging matahari

 

Terkini iman suka sgt dengan telur dadar soo un.. ( tak tau nak eja) , dalam telur dadar ni ada so un dan beberapa udang yang sangat fresh. Haaa.. bukan sebarang telur dadar. Bagi aku ini satu satunya kedai yang aku pernah offer menu sebegini

BACA : Sedapnya Makan Clams di Two Sons Bistro

 

lagi satu yg besh.. kengsum atau asam pedas thailand. menu pun ada dalam bahasa siam hokay. Berpinau aku nak baca.   byk boleh cuba tp disebabkan makan 3 beranak ini cukuplah apa yg  selalu kita org mkn ni..

424150_10151262618047712_1646301462_n

telur dadar so un udang

Aku nak sangat korang try Kengsum tu , dia macam asam pedas tapi bewarna kuning, perghh pedas nya ya allah meletup tapi memang sedap, makan memang turun peluh jantan. Kerabu mangga di sini pun terbaik sebab ianya kering. Sotong kari pun sedap. eh.. banyak lah sedap. tapi kami anak beranak hanya mampu makan 3 jenis lauk dalam satu masa. Kalau tak dah jatuh membazie

Restoran ali sara ni authentic siam.Memang tak dapat kat tempat lain,  Kalau peminat miangkam korang boleh cuba disini. Harga dalam Rm8 sahaja. kira murah lah berbanding dengan restran mahal thailand yang ada di shopping complex tu.  Untuk pertama kali cuba aku nak cakap daun tu daun kadok. bukan daun sireh yer. hehehe… Rasa macam mana? haaa.. ada pedas, masam, manis, rangkup.. perghhhh terangkat

Restoran Ali Sara

miangkam

Sekarang di bahagian dessert korang akan nampak ada pulut mangga, pulut durian tapi yang aku punya favourite adalah dadih mocha yang ada macam-macam kat dalam tu.Sekali lagi aku nak cakap. korang tak akan jumpa dekat tempat lain lah

Okay.. selamat makan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add Comment

CommentLuv badge