Akhirnya aku buang juga lump di tengkuk

Aku rasa aku dah simpan “lump” di tengkuk aku ni hampir 3 tahun. Itupun aku hanya menyedari kewujudan lump ni masa aku pergi mengurut. Yelah dekat bahagian belakang manalah nak perasan kan. Serius tak perasan sampai lah akak yang biasa aku pergi urut tu kata ada benjolan besar di belakang tengkuk.

Terus aku suspen dan tak tak tahu nak buat apa .

Lump di tengkuk

Ini gambar sumber google. tapi Beginilah rupa bentuk lump di tengkuk aku

 

So kalau tak silap aku, aku terus pergi jumpa dengan dr di klinik klinik biasa . katanya takde apa, hanya “lemak” atau Fat di bawah kulit.  jadi aku biarkan lah dah bila dr pun cakap macam tuh kan..

Kerisauan aku akan muncul setiap kali aku berbicara bab bab kanser, tumor and lain lain. Nampaknya aku ni macam tak yakin kan itu hanyalah fat semata mata.  Yelah.. persoalannya, cukupkah kepastian tu kita dapat dengan scan Ultrasound sahaja.

Goyang lagi perasaan aku.

Aku rasalah, setahun lepas tu aku terdetik nak buat tindakan susulan dengan dr pakar pulak. so biasalah kena pergi ke klinik biasa untuk dptkan referrral letter.  Tapi, hahah kami tak tahu nak rujuk ke bahagian mana … Jadi kebetulan ada cousin suami bahagian ortopedik mencadangkan jumpa pakar ortho sebab mengandaikan berdekatan dengan tulang belakang.

 

Jumpa pakar tulang.. Eh!

Dah dapat GL jadi kami terus jumpa..  dengan dr pakar tulang di SJMC. seingat aku belum sempat aku cerita sepenuhnya dia pun cakap “owh ini lemak sahaja, dan saya tau u sakit sampai ke bahagian pingang bla bla bala.. hahah… dan soalan biasa lah kerja apa, bawak kereta kaa. and bla bla.. maknanya untuk faham our lifestyle and persekitaran kita.

Yup.. i can take that as a normal practise setiap dr akan tanya .  ( nasib baik tanyakan .. heheh cukup pantang kalau dr ni tanya kita sakit apa pastu terus bg ubat tanya check)

Tapi… tapi…. heheh dr ni soh aku p fisioterapi daaaa…

So bermulalah sesi fisioterapi di SJMC beberapa kali. Well yes aku admit kadang kadang bila banyak menggunakan komputer atau drive lama mestilah belikat or pinggang kita kan berasa sakit.. Betul dak?

Tapi aku dapatlah ilmu ilmu yang best kat sini, macamana nak regangkan otot dan sebagainya. tapi masalah Lump aku ni tak settle jugak weh!!!

itu 2 tahun yang lalu.

Akak urut tegur lagi.

Seperti biasa bila aku sakit badan or sakit kepala aku jumpa semuala dengan kakak urut aku nih. Dia pulak yang tak sedap hati. nampak sangat dia risau .

Makin besar lah !

katanya,

akak bukan takutkan ko nih, tapi rasa nak kena cakap jugaklah. Dulu ada sorang yang akak selalu urut ni, lama akak tak jumpa. rupanya dia ada lump kat tengkuk macam ko ni ha… sampai lumpuh tak boleh jalan, selepas buang semua barulah boleh jalan macam biasa”

Omak aih… scarry kan ….  terus aku cuak.

So aku pun jumpa dr GP di klinik biasa di area Puncak jalil, huhuhu Dr tu pun terkejut tengok besar, dia kata ini pun mungkin lump sahaja tapi sebaiknya buatlah biopsi atau ultrasound untuk sahkan ianya tidak merbahaya. Straight away dia keluarkan surat referral dan dia sugest kita orang berjumpa dengan “general surgeon”. dan memandangkan asben aku dr sime darby so aku prefer untuk rujuk dr di SIME Darby medical centre supaya proses lagi senang.

 

Jumpa General Surgeon

Pemilihan dr ni nak kata senang, tak jugak.. heheh. so aku pu crowdsourcing di Fb , aku tanya sesapa ada experience dgn general surgeon di SJMC . alhamdulillah kawan kawan bg feedback yang baik based on recommendation masing masing. Kemudian we all masuk web SIME DARBY healthcare . senang juga nak buat appointment and check dr punya availability .

So aku jumpa dr. abel, aku ajak asben teman sekali sebab rasa nervous, Dr abel pun check, dia pegang pegang and cakap .. hanya FAT.. fuh…lega, lega maybe sebab dia pakarkan tapi still kena pergi ultrasound.

Radiologist pun bagus explain apa yang ada dekat screen tu.  so dia pun advice untuk buang, takut makin membesar katanya.

Bila jumpa dengan dr semula, aku ada pilihan nak biarkan atau buang sahaja. terpulang pada aku ..

lump di tengkuk

rupa bentuk lump/lipoma bawah kulit

Buang lah!

Yer.. aku buat keputusan untuk buang sbb aku takut makin membesar dan menekan urat urat yang tak sepatutnya. Ianya hanya day surgery. akan mengambil masa tak sampai 1 jam, tapi preparation nya yang lama, Kena sampai awal, masuk dalam wad sementara. (huhuh sampai tertidor aku)

Kemudian pakar bius akan sampai dan explain bla bla.

Ini kalau ikutkan dah 5 aku masuk OT, selain dari kes endometriosis aku dulu, bersalin, luar rahim … setiap kali nak masukkan ubat bius mesti akan nervous. Rasa macam nak mati hahah.. betull .. sbb korang akan rasakan ubat tu sampai ke kerongkong dan panas dan akan terus tertidor. Memang dalam hati dok mengucap sakan weh

lump di tengkuk

hasil buangan lump di tengkuk aku yang besar kan.. lebar 7 cm tu weh

 

Alhamdulillah aku berjaya dah buang LUMP yang macam alien nih . Kalau gugel dekat web memang tak tahu pun kejadiannnya.

Ada yang aku baca ianya mcm inheritance,  lump atau limpoma ini adalah salah satu cara untuk buang unwanted toxic dalam badan sebab kulit adalah agen pembuangan toksik  paling besar selain dari kidney and liver. and yes,…  Abang2 aku pun ada beberapa benjolan di badan dia tapi size agak kecil dan tak putus putus kena bisul di badan

Wallhualam .. tapi aku mengadaikan sebab itulah kena follow sunnah dengan bekam sbb lump ini dibawah kulit.

Sekarang aku dapat mc 7 hari, rasanya macam tak layak dapat cuti, tapi rupanya kalau driving nak pusing tengkuk agak susah dan jika mengadap komputer dan menggunakan tangan, memang terasa juga lenguh di di bahagian tengkuk dan lengan….

Tapi setakat ni aku LEGA.. Alhamdulillah.

 

 

 

19 Comments

  1. ai September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  2. Moha September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  3. Julia Johari September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  4. mas saari September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  5. izah September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  6. ema September 20, 2017
    • azni September 20, 2017
  7. Haidar September 20, 2017
  8. Qaseh September 22, 2017
  9. Anuar September 29, 2017
  10. julie October 13, 2017
    • azni October 13, 2017
    • azni October 13, 2017
  11. YB Shehan October 16, 2017

Leave a Reply to mas saari Cancel reply

CommentLuv badge