Airbnb alternatif percutian jimat

Korang pernah dengar Airbnb?

Sapa tak nak percutian jimatkan. Sesiapa yang kaki travel especially backpackers wajib tahu pasal airbnb ni. Ini kira salah satu cara untuk jimat Kalau tak tahu tak apa.. meh cek nak cerita.

Rasanya tahun ni tahun ke 3 kut dah menggunakan airbnb. So far alhamdulillah okay .. best.. osem!! airbnb ni konsepnya dimana kita boleh menyewa rumah/apartment/atau billik dimana mana tempat yang kita inginkan. Dari segi harga memang murah dari hotel dan kita boleh masak sendiri. So sangat sangat berguna untuk kita travel ke luar negara dan susah cari makan hallal atau nak lebih jimat.

Airbnb ni adalah satu gateway atau tempat himpunan “host’ menyenarai kan rumah rumah untuk disewa dengan haraga sangat sangat berpatutan dan percutian jimat. Untuk orang berminat nak jadi host pula ada  syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak Airbnb. kalau masuk web dia pun dah terpukau. navigasi keseluruhan web sangat osem, senang and gambar gambar pun cantik cantik. Boleh terpukau lah. kalau agak agak nak sewa mansion pun adoooo….. hehehe

Pembayaran melalui kredit kad or paypal. Setelah kita dah masuk rumah tersebut barulah amaun tersebut akan di beri kepada host

Tips untuk airbnb

  1. Search mengikut lokasi yang di inginkan. cuba navigasi dan bermain main dengan menu filter yang ada pada web tersebut.
  2. Paling penting untuk yang beragama islam untuk tengok rumah tu ada anjing atau tidak untuk yang nak sewa bilik atau tidak
  3. Kalau nak bawak anak anak cari yang kids friendly, kadang tu rumah penuh barang barang kaca sangatlah bahaya untuk sewa rumah yang sebegitu.
  4. Setelah dapat rumah  yang diinginkan kita boleh simpan list tersebut. dan bermulalah communicate dengan tuan rumah
  5. Baca review penghuni terdahulu. so kita boleh bayangkan bagaiman rumah tersebut
  6. Sesuai untuk travel ramai
  7. Komunikasi dengan host melalui inbox airbnb
  8. Cari rumah yang berdekatan dengan public transport. bukak google maps and visualise area tersebut.
  9. Pilih beberapa tempat yang di inginkan sebelum buat keputusan. Kadang tu dia orang tengok kita pakai tudung macam tak respond. Baik tahu awal perangan host kita macam mana.. Racist atau tak
  10. Jangan tipu jumlah penghuni. Orang luar ni sangat sangat jujur, kalau kata 4 orang akan masuk rumah tersebut so better cakap mcm tulah.

Paling Best!

You all boleh buat duit dengan promote airbnb link mengikut akaun kita sendiri. duit tersebut boleh di gunakan untuk trip travel kita seterusnya. Best kan!! Tapi dengan syarat you all kena masuk link dari kawan yang promote. kalau masuk sendiri, takkan dapat.

contohnya saya promote ikut link www.airbnb.com/c/ejaafar saya akan dapat credit travel, you all pun akan dapat kredit travel. Aku dulu takda sapa promote pun huhuhu.. Tapi alhamdulillah currently..dapat kumpul RM407 kredit.

So korang ingat tau… kalau nak try masuk link akak bagi ni haa….. melopeh nanti. Lepas tu you all promote lah dengat kawan kawan lain.

Dan penginapan tersebut bukan di luar negara sahaja. cuba you all search dekat kuala lumpur… dan harganya jauh lebih mahal kalau you all booking hotel. Swimming pool pun best best.

airbnb percutian aleternatif yang murah

 

Pengalaman Percutian jimat

So far dah cover New York and HongKong. Gambar di bawah ini adalah semasa kami di Brooklyn New York. Kita akan berkomunikasi dengan host melalui inbox airbnb atau pun wassap. Tapi my advice pakai inbox so ada history communication kita dengan host. Kadang kita tak jumpa pun dengan host. Host akan siapkan kunci siap siap dalam Lock tersebut, dia akan password untuk bukak lock tersebut. heheh kewl kan.

BACA : Travel ke new york amareeka

percutian jimatDi New york dulu we all sempat berpeluang ambik satu apartment dengan harga RM400 kut. Apartmentnya agak lama tapi seperti dalam cerita Sesame Street heheh.. tapi kalau 5 orang datang rasanya sangat murah dari booking hotel kan? betul tak.  Kemudian we all pindah ke bahagian brooklyn lain, dimana kami hanya sewa bilik. Jumpa host pun waktu malam. Boleh dikatakan masa travel ke sana kebanyakkan masa di luar, jarang duduk rumah. so buat apa lah kita spend duit mahal mahal kan. yang penting selesa dan selamat. Memang akan jadi satu percutian jimat

IMG_7121.JPG

 

My Next trip will be Osaka, Japan this coming November. Teringin nak duduk dikawasan kampung jugak.  Nanti akan update dalam blog ni. Gigih kumpul duit ni .. hehehe

airbnb percutian jimat

Interior rumah di brooklyn

4 Comments

  1. YB Shehan June 20, 2016
    • azni June 20, 2016
  2. Ikhwan June 22, 2016
    • azni June 23, 2016

Leave a Reply to azni Cancel reply

CommentLuv badge