7 Tips jimat Minyak balik raya

Tips jimat Minyak balik raya ni adalah melalui beberapa pembacaan saya dan juga pengalaman saya sendiri. Memandangkan tak lama lagi Hari Raya akan menjelang dan ramai di antara kita yang akan memandu jauh untuk balik ke kampung. Dah tentu kena allocate kan bajet untuk petrol kan. Bayangkan kalau dari JB ke Kangar, atau ke Kota Bharu…jauh tu. Harga petrol pun tak lah murah sekarang.

Apa kata kita tengok sikit tips  macamana nak jimatkan penggunaan petrol sempena perjalanan balik kampung nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga kita berjimat. Selain faktor kereta yg kita pakai juga memang mempengaruhi cara penggunaan minyak kita.

7 Tips jimat Minyak

  1. Enjin dalam keadaan ok
    Yang ni rasanya basic kot dan rasanya semua akan aware benda ni. Pastikan kereta anda dlm keadaan baik. Seeloknya buat minor check-up dengan mekanik anda kalau boleh sebulan atau dia minggu sebelum perjalanan. Kalau last minit ni biasanya penuh workshop sebab semua nak buat servis masa tu. Tapi at least pastikan tarikh servis tu belum overdue lagi lah. Kalau ada yang major tu baik repair dulu
  2. Pressure tayar anda
    Saya pernah diberitahu oleh mekanik yang keadaan tayar boleh mempengaruhi penggunaan petrol, especially long distance journey. Enjin akan perlukan lebih kuasa kalau tayar kita lembik, maknanya lebih byk petrol digunakan. Cuba korang kayuh basikal dengan tayar lembik. Penat kan ?So pastikan tayar berada di tekanan psi yang betul. Biasanya kalau penuh satu kereta dengan bag lagi, kalau boleh naikkan 1-2 psi dalam tekanan tayar. Dikatakan kalau tayar kita kurang 1psi, penggunaan petrol akan terkesan sebanyak 3%…haaaa.
  3. Kurangkan berat kenderaan
    Nak balik kampung ni kurang-kurangkanlah benda yang nak dibawak balik ye..heheh Janganla nak sumbat semua barang dalam kereta tu. Basikal budaklah, buaian 2 bijik, bag itu bag ini ..kurangkan mana yang patut ye. Bayangkan korang kayuh beskal bawak benda-benda tu…haa sure tercungap-cungapkan..macam tulah enjin kita perlukan petrol yang lebih banyak kalau berat sangat kereta tu.
  4. Aerodinamik
    Nak jimat petrol bukak tingkap dan off air-cond ? Ada betul dan tak betulnya kat sini. Memang penggunaan alat elektrikal tambahan seperti air-cond misalnya akan mempengaruhi sikit penggunaan petrol tetapi dengan membuka tingkap kereta akan menggunakan lebih banyak petrol. Aliran angin dari depan akan masuk ke dalam kereta membuatkan aerodinamik terganggu..hmm nak dimudahkan cerita..jom kita naik beskal lagi. hehehe. Biasa kalau nak laju korang mesti tunduk sikit bila kayuh kan sebab kalau duduk tegak rasa angin tu tolak badan kita. Haaa mcm tulah kalau kita drive sambil bukak tingkap.Satu lagi sekarang ni banyak kereta dah pasang ‘roof-rack’ atau ‘roof box’ tu. Benda ni pun akan efek aerodinamik dan penggunaan petrol kita. Kalau tak perlu sangat bukaklah dulu ..kalau x perlula sebab kot ada yang pasang hanya sebagai aksesori dan gunanya sekali dua je
  5. Memecut
    Ingat..Kelajuan boleh membunuh. Ingatkan orang yang tersayang. Salah satu lagi tips untuk jimat petrol semsa memandu jauh ialah kita kena menten kelajuan kita. Jangan selalu sangat memecut atau memperlahankan kereta dengan tiba-tiba. Kalau jarak kenderaan depan tu masih jauh dan selamat, korang cuma lepaskan pedal minyak je perlahan-lahan dan jangan tekan brek tiba-tiba. Tekan brek pun perlahan-lahan unless dalam keadaaan emergency. So be alert.Memandu laju boleh menjimatkan masa untuk sampai ke destinasi tapi penggunaan petrolnya juga bertambah dan risiko kemalangan juga bertambah. So masa perjalanan VS duit petrol VS kemalangan. Pandai-pandailah kita ‘balance’kan ye
  6. Pilih Jalan
    Jalan highway ker jalan kampung. Bila jam teruk biasanya kita akan guna jalan kampung. Kadang-kadang jalan tu pun jam jugak akhirnya. Sometimes kalau jalan kampung tu jam lagi tinggi pengunaan minyak kereta kita. Ada traffik light, jalan tak elok dan mcm2 lagi. Seelok-eloknya kita referlah pada abang ‘waze’ dan tengok dulu traffik sebelum exit dari highway. Ataupun pilihlah hari dan waktu yg korang rasa kurang jam. Formula ni sapa yg tahu bolehlah share yer sebab kadang2 kita rasa balik awal pagi tak ada jam, tp bila semua org fikir mcm tu dan akhirnya semua gerak awal pagi hehehe.
  7. Jaga Emosi
    Emosi ni yang buat kita marah-marah semasa memandu. Bila dah bengang dan ak sabar kita pun buat keputusan yang kurang waras. Ciluk lane moto lah, potong sana sini, brek sana sini. hehe. Perjalanan akan rasa lebih jauh dan memenatkan kalau sedang beremosi ni. Penggunaan petrol pun jadi makin tinggi. So stay calm and relax.Ada tips mengatakan untuk rileks ni kita boleh buat simple matematik sebelum mula drive. Taoi jgnlah kira bajet tahunan perbelanjaan rumah…itu lagi stress jadinya haha. Buat je yg simple dan yang tak ada kena mengena dengan kehidupan anda cewah.Teori mengatakan dengan cara ni kita akan mengaktifkan lagi otak bahagian logik  daripada bahagaian emosi. Wallahualam. Boleh cuba balik raya ni tengok mcmana kesannya hehe.Bagi yg beragama Islam, kita selawatlah, beristighfar dan bacalah doa naik kenderaan sebelum kita mulakan perjalanan.

 

Harap-harap tips jimat petrol balik raya ni dapat membantu kita sikit untuk menjimatkan sikit penggunaan petrol kita. Walaupun mcm nampak simple tapi sebenarnya kesannya besar. Sebab tulah kadangkala kawan kita yg drive kereta sama dengan kita dan balik kampung dengan jalan jalan dan waktu yg sama dengan kita….tapi bila sampai destinasi, petrolnya ada 2 takuk lagi sedangkan kita punya tinggal 1 setengah takuk.

Jadi jomlah kita berjimat cermat di jalan raya dan pandu dengan selamat. Semoga kita semua jadi pengguna yang bijak di jalan raya.

 

 

 

2 Comments

  1. Anuar June 8, 2018
    • fairas imran jaapar June 9, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!