6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

Kalau sebelum ni aku pernah share 10 tempat menarik untuk aktiviti keluarga di kuala Lumpur, Jom kita pusing pusing area selangor pula. Memang banyak lokasi 6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor untuk aktiviti keluarga di hujung minggu.

Pelbagai pilihan yang ada mengikut lokasi dan semestinya mengikut bajet keluarga.

Yang pasti tempat  sebegini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan family kita dan anak anak. Ianya pasti sesuatu yang Priceless !

 

Sunway Lagoon

Taman tema air di Petaling Jaya, yang terletak hanya 15 minit dari Kuala Lumpur. Mempunyai lebih 80 jenis taman yang menjadi tarikan pelancong terdiri daripada Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem atau Taman Jeritan, atau habiskan keseluruhan hari anda dengan merasai kesemuanya.

Rasai pengalaman berada di pantai berpasir untuk meluncur, jambatan gantung terpanjang di dunia untuk laluan pejalan kaki, permainan pelancar tertinggi di Asia, zoo interaktif pertama di Malaysia dan laluan keluang ‘flying fox’ terpanjang di Asia.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik pengunjung datang seperti karnival dan konsert.

Marilah berkunjung ke Sunway Lagoon sebagai tempat untuk bergembira bersama keluarga dan juga tempat bersantai, sesuai untuk golongan tua dan muda.

Wet World 

Taman tema air pertama di Shah Alam yang terletak di pinggir Tasik Shah Alam dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti santai bersama seisi keluarga. Dibuka pada 1995, memenuhi keselamatan pengguna bawah umur dengan kedalaman air tidak melebihi satu meter yang dianggap sebagai mesra kanak-kanak.

Antara permainan air yang menjadi tarikan ialah Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island.

Selain itu, kedudukan tempat-tempat menarik di Shah Alam memang berdekatan antara 1 sama lain, contohnya lokasi wet world dengan Bukit Cerakah iaitu dalam 10 minit memandu.

Disamping itu, pengunjung juga dapat melihat flora & fauna di taman botani Shah Alam.

Bangi Wonderland

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

berada di lokasi yang strategik di antara Bangi dan Kajang berhampiran dengan susur keluar Bukit Mahkota Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bangi Wonderland menawarkan 15 tarikan permainan berasaskan air iaitu Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.

Antara tarikan lain adalah Wonder Loop, Magic Funnel, Green Pearl, Pirates Bay, Kids Adventure, Meander River, Typhoon River dan Pirate Spa.

Selain itu, pihak Bangi Wonderland turut menyediakan pakej-pakej keramaian atau majlis persendirian bagi pengunjung yang berminat.

    

 

Kidzania Kuala Lumpur 

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

Tempat menarik sesuai untuk kanak-kanak merasai pengalaman berkerjaya seperti orang dewasa. Lokasinya terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Anak-anak anda boleh merasai berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, stesen radio, studio TV, teater dan banyak lagi.

Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak.

Mereka akan bekerja dan diberikan gaji. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania dipanggil KidZos, boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalamnya.

Aktiviti KidZania ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Jumpstreet Asia

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

JumpStreet Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One. JumpStreet Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai hingga ke dinding.

Bagi mereka yang pernah melalui pengalaman hebat bermain di sini, mereka pasti akan datang kembali.

Bagi mereka yang belum mencuba, datang dan rasai sendiri pengalaman di JumpStreet Trampoline Parks terbesar ini.

Datang bersama rakan-rakan dan keluarga anda untuk menikmati keseronokan melompat di indoor JumpStreet Trampoline Parks ini.

  • Waktu Operasi: Hari biasa 11pg – 9mlm, Sabtu & Ahad 9pg – 9mlm
  • Harga Tiket: RM27
  • Tel: 03-7969 1051

District 21 

Aktiviti lasak cukup sinonim dengan kawasan hutan dan bukit-bukit yang dijadikan medan untuk penggemar setia sukan lasak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

Namun sekarang tidak perlu ke hutan lagi kerana sebuah taman tema pengembaraaan, District 21 telah di buka di IOI City Mall Putrajaya.

Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan sangat mencabar dan lasak.

Apa yang menarik tentang District 21 ialah ibu bapa boleh menjadi penjaga anak mereka ataupun boleh turut sama sertai anak-anak dengan aktiviti yang disediakan. Di District 21 terdapat 11 tarikan pengembaraan dan kebanyakannya tidak pernah dilihat di Asia.

Antaranya ialah wall climbing, roller glider, pump track dan banyak lagi.

 

Negeri Selangor memang banyak tarikan menarik

Negeri Selangor bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa tetapi pada masa yang sama, memiliki pelbagai tempat yang indah dan menarik untuk aktiviti keluarga.

Kempen Discover Selangor, #TakeMeAnywhere pada tahun ini juga memberi penekanan kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk melawati tempat-tempat menarik di Negeri Selangor

Jom bawa famili kita!

2 Comments

  1. Ikhwan August 9, 2018
  2. UmmuAyyash August 15, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!