6 Halal Dim Sum yang patut terjah

6 halal dim sum yang korang kena cuba dan yang aku pernah makan. Kesemua list dibawah ini memang aku dah singgah. Jadi beranilah aku nak bagi recommendation.

Yang pasti ianya tidak sama lansung dengan line buffet hotel. Totally different experience. Yelah kan nama pun restoran dimsum, mestilah lebih bagus. Alhamdulillah dah banyak tempat dim sum halal. Cuma dolly dim sum yang belum dapat status halal dari JAKIM (setakat yang aku check pada Sept 2019) Tapi aku mmg DM dia orang tanya pasal status halal nih , katanya kesemua meat dari certified halal tapi untuk keseluruhannya belum lagi.

6 halal dimsum
suka sangat nasi goreng disini

1. Dolly dim sum

Ini memang tempat favourite kami anak beranak, tempat yang kadang kadang ko dah tepu nak makan nasi and gulai., ini lah tempat pembuka selera semula. jadi pastikan sini salah satu tempat dari 6 halal dimsum yang korang boleh terjah. Rangking pertama untuk aku.

Ambience yang sangat best, makanannya pun sangat sedap. Disebabkan Dolly dim sum inilah husband anda anak jadi ketagih makan dim sum. Sebelum ni memang tak hadap lansung. Sebelum ini rasa dimsum macam ‘tawar dan tidak menarik”

Kalau korang rasa ragu-ragu juga , korang pastikan amik seafood based sahaja tau. Setakat ini memang ramai orang melayu akan singgah ke sini untuk menikmati dim sum yang best

Favourite Modernmumthingy

  • Spicy Szechuan Dumpling
  • Salad prawn dumpling – served dgn mayonaise lemon yang manis
  • snowskin durian mochi
  • crystall prawn dumpling
  • Royal folden fried rice

Memang sedap sangat. Harga memang boleh tahan contoh royal golden fried rice dalam rm25 tapi, bila pergi dengan keluarga kongsi kongsi sahaja. Tapi mahal pun sedap wei.. prawn fresh sangat ada ada dalam 6 ketul, besar besar pulak tu .

lagi satu if korang datang bulan besday , akan dapat diskaun yer.

Alamat: Avenue K, Nu Sentral, Pavilion, IOI City Mall, Sunway Putra Mall.
Waktu Pembukaan: 11.00am – 10.00pm
Harga: mulai dari RM8
Nombor Telefon: +(603) 21813830

2. China Treasures, Sime Darby Convention

Wah, ini totally different experience juga. Konsep All you can Eat and made to order. Aku sempat merasa pada bulan puasa baru ini. Memang tak sama seperti Dolly dimsum sebab range and variety of dim sum lagi banyak. Ini aku set sebagai ranking kedua dalam 6 halal dim sum yang wajib korang terjah

Yang aku masih teringat sampai sekarang Egg Salted Fish Skin. Rangup macam keropok

Waktu Pembukaan:
11:30am–2:30pm (makan siang),
3:30pm–10:30pm (makan malam)

hari Isnin-Jumaat,
10:00am–4:30pm (makan siang),
6:30pm–10:30pm (makan malam) pada hari minggu dan cuti umum.

Harga bermula RM6 untuk satu items, tapi sebaiknya ambilah sewaktu promosi. sering berubah berubah ikut promosi, masa aku pergi hari tu Rm65++ rasanya. and sebab laki aku kerja dengan sime hehehe dapatlah harga special. korang follow sahaja IG and Fb dia orang okay.

Alamat:
Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur Malaysia 60000

Nombor Telefon: (+603) 2089 3788
Emel: chinatreasures.sdcc@simedarby.com

Aku suggest korang follow FB dia orang untuk latest promotion

3. Tung Yuen Chinese Restaurant di Grand BlueWave

Restoran Tung Yuen di Grand Blue wave Shah alam menawarkan pakej all you can eat dengan harga yang mampu milik. RM63.50++ dan kanak- kanak dalam RM 35.00

Aku dah pergi 2 kali makan di sini .

Selain ada 15 jenis dimsum yang korang boleh refill selagi perut tu muat korang juag akan menikmati 5 jenis masakan panas sczhuan yang memang mantop.

Aku ada cerita panjang lebar pasal restoran tung yuen ini dalam entri lain

6 halal dimsum
  • Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate,
  • Braised sliced Top Shell Abalone with Dry Chili
  • Szechuan Pepper in Claypot,
  • Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce,
  • Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss
  • Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic.
  • Stew chicken with dry chi

4. MinMax Restoran PNB

Pernah terjah ke sini dalam satu perhimpunan dengan kawan kawan. Masa ni aku mula mula pandai makan dimsum. Variety of choices. Disinilah tempat pertama aku menikmati dimsum dalam konsep restoran. Aku pergi tahun 2016 rsanya.

6 halal dim sum

Seperti tempat yang lain, selain dari dimsum ada juga menyediakan masakan yang lain. Masakan Chinese style. Dah lama sangat aku ke sini tapi aku ingat satu juadah yanag best disini. Sotong goreng telur masin.

Waktu Pembukaan: 11:00am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:30pm (makan malam) pada hari Isnin-Sabtu, 9:00am-3:00pm hari minggu

Harga: Mulai dari RM3.

Alamat: PNB Darby Park, Lot 2.1 Level 2, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2166 8669

6 halal dimsum

5. Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant

Mohd Chan memang famous dengan masakan chinese Muslim . dah ada beberapa cawangan di area kuala lumpur dan selangor. Mohd chan pun dah kembangkan bisnes kepada dim sum juga. Jadi ini antara tempat 6 halal dim sum yang aku advice korang patut cuba

Dim sum berkonsepkan “Cantonese-style cooking” yang sering dinikmati di kedai teh cina tradisional. Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran ini, anda akan disambut dengan pelbagai aneka pilihan seperti siew mai ayam, Shanghai dumpling, siew bao, tart telur dan banyak lagi.

Mohd chan
Bubur ni belum rasa tapi terliur sangat sangat

Pernah merasa di satu event yang menawarkan beberapa jenis masakan dimsum tapi bukan full range of dimsum yang ada.. Atau korang boleh lihat outlet/kiosk dia di Mytown.

Aku belum pernah lagi sampai di restoran yang menawarkan dimsum ini. Dan aku yakin dia orang pun pastikan beberapa masakan lain seperti restoran yang lain dan specialty tersendiri

Bila aku tengok menu, aku teringin nak rasa See Zap chicken wings yang aku tengok agak special . nanti aku update ye kat sini.

6. Greentown Dim Sum Cafe

Aku sempat singgah di restoran ini 2017 rasanya , bila salah seorang kawan aku suggest try memandangkan dia tahu aku ini penggemar dolly dim sum. “you should try this place ” katanya. better dari dolly dimsum. Wah ini terus trigger untuk aku cuba.

6 halal dim sum

Heheh apa lagi, bila sempat pulang ke Ipoh, aku pun ajaklah abam singgah dahkata better ari dolly dimsum.

So my verdict. heheh.. okay memang terpengaruh betul dengan ambience dan food presentation di doly dimsum. Restoran ini agak simple tapi the winning point di sini berjaya dapat status halal.

Banyak juga piilihan, template agak sama seperti resotran lain, dan aku belum dpat specialty. Mungkin kena visit lagi agaknya

Alamat
10, Persiaran Greentown 4,
Pusat Perdagangan Greentown,
30450 Perak, Malaysia.

Phone:+60 5-255 2010
Hours: 8:00 am – 9:00 pm.
Off day: Tuesday.

3 Comments

  1. farah wahida October 2, 2019
    • azni October 2, 2019
  2. sueizza October 3, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!