15 Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat

Mana mana pasangan yang dah berkahwin tu opkos lah nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam. Anak tu lah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik. Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya. Aku? heheh.. 8 tahun baru dapat Iman rifqi ni. walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke 5. So entri aku ni.niat nak share pada sapa sapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.

ikhtiar dapatkan zuriat

kisah kami ada keluar dalam majalah pa&ma tahun 2009

15 ikhtiar dapatkan zuriat or mungkin lebih sebenarnya.. (tak ingat hahaha)

1. Jumpa pakar sakit puan

First and foremost, selepas 2 tahun dah kahwin tu. Korang jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadang dr. ni pun akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.”  Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat. So pls insist dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak. Penyakit orang perempuan ni pelik2.. ada yg cyst, fibroid, endomiosis, pcos and lain lain lagi lah. korang google tau.. panjang kalau nak cerita.

For my case, rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis tu pulak dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal endometriosis ni korang boleh baca dekat link yang letak kat bawah ni.

For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.

Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak dr. dan mencari dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah. Macam macam ikhtiar kami buat. Segala supplement kita orang amik., selain dari aku, dr juga mengesyorkan asben aku sendiri ambik vitamen E dan spemen untuk meningkatkan lagi kualiti sperma.

See.. bukan perempuan sahaja yang kena berusaha.. It takes 2 to tanggo.. eh.. kena tak peribahasa tu kat sini? heheh

Walaupun adik beradik aku cakap aku banyak duit sebab tak ada anak.. tapi derang tak nampak pula kos aku nak p berubat ni kan… huhuh

Baca : Penyakit Endometriosis dan kaitan untuk dapatkan zuriat

2. Berurut – 1, 2, 3 or maybe lebih

Selain usaha moden, kami juga pergi berurut. tapi asben and Wife yer.. bukan sorang sorang jer. So mana sahaja orang suggest p urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita. Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi. Tapi kalau tanya balik tempat tempat aku p urut tu hahah.. memang tak ingat dah weh… no semua dah hilang. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh p urut.. p lah ikhtiarkan juga.

3. HSG

Ikhtiar dapatkan zuriat

ni hasil x ray utk HSG. macam2 kan aku Ikhtiar dapatkan zuriat. so korang pun boleh

Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali kut buat. Agak sakit  tapi sikit jer…urmm.. ada jugak yang sakit senak ya amat, sbb byk kali sangat buat sampai lupa.. tapi bergantung pada tahap sumbat orang kut hahaha… so since aku ni dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit. Maka dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI. Harapnya korang paham lah dalam bahasa Inggeris kat bawah nih. Takut salah translate medical term ni. But basically dye akan dimasukkan ke dalam rahim wanita sampalah ke fallopian tiub, untuk membuka ruang .

“The HSG test is a radiology procedure usually done in the radiology department of a hospital or outpatient radiology facility. Radiographic contrast (dye) is injected into the uterine cavity through the vagina and cervix.”

4. IUI

IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Sekali buat dekat RM800 kut. itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti lah berapa yer. IUI ni dimana sperm laki di keluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek kedalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur. Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat meransang pengeluaran telur. heheh mmg banyak yang keluar. Setengah orang dapat anak kembar tau.

Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Owh sebelum buat treatment ni, kalau jumpa dengan prof hamid arshad juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap speman juga.

Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik mekah tu selepas buat IUI lah. Malangnya luar rahim huhuhu. Tapi aku teruskan Ikhtiar dapatkan zuriat

5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit

Selain dari berurut. aduh… beberapa usaha kami lalui, termasuklah melalui pemakanan. Makcik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat tu dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..

Asben pulak heheh kena makan telur ayam kampung mentah mentah … uwekkk… sib baik dia yang makan .. haha bukan aku.. confirm muntah ruah . Paling tak tahan, we all masa tu travel ke bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu. Org lain makan telur yag hotel bg, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.

6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu

Yang ni pula, kami kena cari nenas .. tapi bukan sebarang nenas.. lupa dah.. nama nenas ni. dan juga bawa gula batu bersama. Pakcik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jUs.

So sebaik aku minum jus ni. Sewaktu period, keluar ketul ketul  darah yang banyaaak sangat. tak tahu mari mana hahaha…. wallhualam. But positive side, mungkin di dalam rahim  terdapat sisa sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini aku berubat di Manong Kuala kangsar

7. Pil buah mengkudu

Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini. Rasanya tahun 2002. Aku ingat sbb masa tu tinggal di rumah lama di keramat. Bila  amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan  sampai bergetar. Seterusnya  terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja. Sori agak “gross” hahahha…

tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut. sbb aku ni tak jaga makan … kuat makan makanan yang acidic.

8. Buah zuriat

Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni… dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukkan . Yang ni mungkin ramai yang tahu. Kalau pergi mekah tu, tu korang pesan pesan lah org beli kat sana.Nama pun buah zuriatkan.. so inilah antara Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat

9. Baca buku birth hypnoteraphy

Haa.. yang ni interesting. aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. alahai.. sayang pulak mana aku letak buku ni. tapi intipati buku ni, menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin

sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusakan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat lah. hormon wanita ni haywire kadang kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.

kalau google korang cari lah  keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau  Hypnotheraphy to concieve

10. Menjaga anak saudara beberapa hari.

Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si balkhis nih. So aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank mmg aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.

Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nnt. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan. Rasa lah camna dia lapar, dia nagis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia skrg. BFF iman lagi.

11. Darul syifa Bangi

Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik2 (huuuhu..macam2 claim hebat, terbanglah duit weh).. huhuuh… kami pergi juga berubat di darul syifa di bangi tu. hurmm.. camna nak mula yer?. kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang dia kat rahim tu… setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan. Masa muda muda dulu, hehhehe badan aku ni selalu macam ada gigitan atau lebam lebam…

So selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil.  Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia. Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.

12. Urut kaki – refleksologi

Setiap kali balik melaka, kami akan p urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, haaaa… balik rumah terus muntah putih. bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak tudiaaa..dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap.

Korang p jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.

13. Accupunture

Ikhtiar dapatkan zuriat

haaa.. ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL.  Acupunture yang kami buat ni juga dengan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah . korang boleh refer dekat sini http://www.thetole.org/

harga .. heheh boleh tahan … tapi berbaloi… cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. hurmm.. ramai budak autism yang buat treatment disitu dan kata nya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yg cakap yer

14. Pergi Umrah

Tahun 2005, we all decide p Umrah… nak rasa dekat nak berdoa dengan yang SATU tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi. Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu. Hal opis lansung tak ingat. So kat sana tu lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer.  Stress ni mmg tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.

Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. tapi malangnya kandungan luar rahim . So terpaksa lah buang janin tersebut huhuhu .. sedey ya amat.. but……. positive sign yang aku ni boleh concieve.

15. Tabib Cina Phang Oo lang

Ikhtiar dapatkan zuriat

phang oo lang

We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dpt anak, dan.. berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.

Again… husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin dan agak acidic. siap kena check kencing dulu and lain lain jugak. mcm dr plak hehhe.

Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive !

Update: disebabkan ramai orang PM selepas entri ni viral.. heheh perlu diingatkan tak semestinya Phang OO lang yg menyebabkan aku dpt concieve tau… mungkin sebab usaha2 sebelum tu… kebetulan jumpa dia kena pada masanya.

however nih alamat Phang OO lang yer.. dah tolong google untuk korang

Phang Oo Lang
Address: Jalan 1, 13100 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Phone: +60 4-575 1921

Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni.. kena dua dua pihak sama sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu. Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal… rasa kita ni ALLAH tak sayang… tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni mmg kami x putus doa.  Syukur sangat dapat asben yang sangat sabar.

Baca : Kegagalan yang penuh hikmah

Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu tak sah habaq lah.. macam macam. korang google jer herbs for fertility dan boleh dapatkan di farmasi.

Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..

Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan kawan yang senasib, Jangan Give up okay.

Dan teruskan berdoa! Jangan putus asa dalan Ikhtiar dapatkan zuriat

Now iman dah 8 tahun, kerja mak bapak ini takkan habis. Jom baca pasal Parenting & Iman : Jangan Marah Anak?

Sometimes when I need a miracle, I look into my sons eyes
and realize I already created one

 

alhamdulillah .. entri aku ni pun dah keluar dalam majalah Pa&ma  

28 Comments

  1. mas saari February 24, 2017
    • azni February 24, 2017
  2. Nany February 24, 2017
  3. Mama Kembar 3 February 24, 2017
    • azni February 28, 2017
  4. Zuraimiz February 26, 2017
    • azni March 1, 2017
  5. athirahassin@trex March 1, 2017
    • azni March 1, 2017
  6. Kalsom March 1, 2017
    • azni March 1, 2017
  7. Yana March 1, 2017
    • azni March 2, 2017
    • Zuel March 3, 2017
      • azni March 3, 2017
  8. fina March 1, 2017
    • azni March 2, 2017
  9. Zuel March 3, 2017
    • azni March 3, 2017
  10. Farha March 11, 2017
    • azni March 11, 2017
    • azni March 14, 2017
  11. Cik za March 14, 2017
    • azni March 14, 2017
  12. as July 12, 2017
    • azni July 12, 2017
  13. UmmuAyyash November 16, 2017
    • azni November 17, 2017

Leave a Reply to as Cancel reply

CommentLuv badge