Ikhtiar dapatkan zuriat itu adalah bila mana pasangan yang dah berkahwin beberapa tahun berusaha dan bersedia untuk punya anak. Ini kisah dan pengalaman ikhtiar hamil yang aku buat sehinggalah aku berjaya pada tahun ke 8. Aku harap pengalaman lambat dapat anak dapat suntik semangat kepada kesemua pasangan TTC ( trying to concieve)
Table Of Content
- Pengalaman Ikhtiar dapatkan zuriat aku, kiranya ikhtiar hamil yang aku buat
- 15 ikhtiar dapatkan zuriat , pengalaman ikhtiar hamil
- 1. Jumpalah pakar sakit puan, baru tahu kaitan sakit Endometriosis dan zuriat
- 2. Urutan Ikhtiar Hamil – Pergi jumpa 1, 2, 3 tukar urut or maybe lebih
- 3. HSG
- 4. IUI, artifical insemination
- 5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit
- 6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu
- 7. Produk ikhtiar Hamil – Pil buah mengkudu
- 8. Ikhtiar hamil cara tradisional – Buah zuriat
- 9. Baca buku birth hypnoteraphy
- 10. Menjaga anak saudara beberapa hari.
- 11. Ikhtiar hamil cara tradisional – Darul syifa Bangi
- 12. Urut kaki – refleksologi
- 13. Ikhtiar hamil dengan Accupunture
- 14. Pergi Umrah
- 15. Tabib Cina Phang Oo lang
- Emosi kita memang tidak stabil, Bersabarlah
- Supplement tambahan untuk hamil
Of course lah, semua pasangan yang berkahwin nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam. Anak tu lah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik.
Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya.
Pengalaman Ikhtiar dapatkan zuriat aku, kiranya ikhtiar hamil yang aku buat
Aku? heheh.. 8 tahun baru dapat Iman rifqi ni. Walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke 5 perkahwinan. So entri aku niat nak share pada sapa sapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat dan rawatan kesuburan yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.
Aku yakin semua pasangan aku cuba sebaik mungkin usaha dapat anak. Ia satu perjalanan yang panjang dan berliku. Emosi turun naik. Kalau aku berjumpa orang yang senasib memang boleh dengan pengalaman ikhtiar hamil itu tidak mudah.
15 ikhtiar dapatkan zuriat , pengalaman ikhtiar hamil
Seingat aku, inilah antara usaha hamil yang aku buat semasa nak dapatkan iman ni, tapi mungkin lebih sebenarnya.. (tak ingat hahaha).
1. Jumpalah pakar sakit puan, baru tahu kaitan sakit Endometriosis dan zuriat
First and foremost, selepas 2 tahun dah kahwin tu. Korang jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadang dr. ni pun akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.” Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat.
So pls insist dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak.
Penyakit orang perempuan ni pelik2.. ada yg cyst, fibroid, endometriosis, endomiosis, pcos and lain lain lagi lah. korang google tau.. panjang kalau nak cerita. Kalau ada rasa macam badan tak berapa sihat, paling elok korang buatlah full check up juga.
For my case, rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis tu pulak dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian.
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal endometriosis ni korang boleh baca dekat link yang letak kat bawah ni.
For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.
Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak dr. dan mencari dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah.
Macam macam ikhtiar kami buat dan segala petua nenek moyang untuk hamil. Segala supplement kita orang amik., selain dari aku, dr juga mengesyorkan asben aku sendiri ambik vitamen E dan spemen untuk meningkatkan lagi kualiti sperma kira ini antara supplemen kesuburan yang doktor cadangkan
See.. bukan perempuan sahaja yang kena berusaha.. It takes 2 to tanggo.. eh.. kena tak peribahasa tu kat sini? heheh
Walaupun adik beradik aku cakap aku banyak duit sebab tak ada anak.. tapi derang tak nampak pula kos aku nak p berubat ni kan… huhuh
Baca : Penyakit Endometriosis dan kaitan untuk dapatkan zuriat
2. Urutan Ikhtiar Hamil – Pergi jumpa 1, 2, 3 tukar urut or maybe lebih
Selain usaha moden, kami juga pergi berurut tapi asben and Wife yer, bukan sorang sorang jer. So mana sahaja orang suggest p urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita. Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi sewaktu usaha dapat anak ini.
Tapi kalau tanya balik tempat tempat aku periurut tu hahah memang tak ingat dah weh, no semua dah hilang. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh p urut.. pergi lah ikhtiarkan juga cuba cari khas urutan ikhtiar hamil
Aku pernah berurut dengan seorang makcik ni di Jalan 6 kaki branang. Bertahun dengan dia, sampai makcik tu pun dah meninggal dunia. Dia urut saraf sahaja. Suami aku jenis migraine tahap teruk yang boleh bawak gastrik.
Setiap kali urut masa memula tu dia kan muntah ruah, angin memang tolak kow kow.
3. HSG
Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali kut buat. Agak sakit tapi sikit jer…urmm.. ada jugak yang sakit senak ya amat, sbb byk kali sangat buat sampai lupa.. tapi bergantung pada tahap sumbat orang kut . Aku rasa kebenyakkan orang yang pergi pusat perubatan kesuburan akan melalui salah satu rawatan ini.
so since aku ni dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit. Maka dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI.
Harapnya korang paham lah dalam bahasa Inggeris kat bawah nih. Takut salah translate medical term ni. But basically dye akan dimasukkan ke dalam rahim wanita sampalah ke fallopian tiub, untuk membuka ruang .
“The HSG test is a radiology procedure usually done in the radiology department of a hospital or outpatient radiology facility. Radiographic contrast (dye) is injected into the uterine cavity through the vagina and cervix.”
4. IUI, artifical insemination
IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Ini juga salah satu teknik kesuburan yang klink kesuburan akan cadangkan pada kita semua. Harga untuk sekali buat dekat RM800 kut. itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti lah berapa yer. IUI ni dimana sperm laki di keluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek kedalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur.
Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat meransang pengeluaran telur. heheh mmg banyak yang keluar. Setengah orang dapat anak kembar tau.
Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Owh sebelum buat treatment ni, kalau jumpa dengan prof hamid arshad juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap speman juga.
Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik mekah tu selepas buat IUI lah. Malangnya luar rahim huhuhu. Tapi aku teruskan Ikhtiar dapatkan zuriat
5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit
Selain dari berurut. aduh… beberapa usaha kami lalui, termasuklah melalui pemakanan. Makcik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat tu dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..
Aku tak pasti ini salah satu Diet kesuburan yang orang dahulu buat. Tapi aku follow sahaja.
Asben pulak heheh kena makan telur ayam kampung mentah mentah … uwekkk… sib baik dia yang makan .. haha bukan aku.. confirm muntah ruah . Paling tak tahan, we all masa tu travel ke bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu.
Org lain makan telur yag hotel bg, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.
6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu
Yang ni pula, kami kena cari nenas .. tapi bukan sebarang nenas.. lupa dah.. nama nenas ni. dan juga bawa gula batu bersama. Pakcik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jUs.
So sebaik aku minum jus ni. Sewaktu period, keluar ketul ketul darah yang banyaaak sangat. tak tahu mari mana hahaha…. wallhualam. But positive side, mungkin di dalam rahim terdapat sisa sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini aku berubat di Manong Kuala kangsar
7. Produk ikhtiar Hamil – Pil buah mengkudu
Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini. Rasanya tahun 2002. Aku ingat sbb masa tu tinggal di rumah lama di keramat. Bila amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan sampai bergetar. Seterusnya terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja. Sori agak “gross” hahahha…
Tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut. sbb aku ni tak jaga makan … kuat makan makanan yang acidic.
8. Ikhtiar hamil cara tradisional – Buah zuriat
Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni… dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukkan . Yang ni mungkin ramai yang tahu.
Kalau pergi mekah tu, tu korang pesan pesan lah org beli kat sana.Nama pun buah zuriatkan.. so inilah antara Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat.
9. Baca buku birth hypnoteraphy
Haa.. yang ni interesting. aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. alahai.. sayang pulak mana aku letak buku ni. tapi intipati buku ni, menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin
sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusakan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat lah. hormon wanita ni haywire kadang kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.
kalau google korang cari lah keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau Hypnotheraphy to concieve
10. Menjaga anak saudara beberapa hari.
Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si balkhis nih. So aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank mmg aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.
Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nnt. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan.
Rasa lah camna dia lapar, dia nagis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia skrg. BFF iman lagi.
11. Ikhtiar hamil cara tradisional – Darul syifa Bangi
Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik2 (huuuhu..macam2 claim hebat, terbanglah duit weh).. huhuuh… kami pergi juga berubat di darul syifa di bangi tu. hurmm.. camna nak mula yer?. kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang dia kat rahim tu… setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan.
Masa muda muda dulu, hehhehe badan aku ni selalu macam ada gigitan atau lebam lebam…
So selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil. Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia.
Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.
12. Urut kaki – refleksologi
Setiap kali balik melaka, kami akan p urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, haaaa… balik rumah terus muntah putih.
bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak tudiaaa..dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap.
Korang pergi jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.
13. Ikhtiar hamil dengan Accupunture
haaa.. ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL. Acupunture yang kami buat ni juga dengan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah . korang boleh refer dekat sini http://www.thetole.org/
harga .. heheh boleh tahan … tapi berbaloi… cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. hurmm.. ramai budak autism yang buat treatment disitu dan kata nya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yg cakap yer
14. Pergi Umrah
Tahun 2005, we all decide p Umrah… nak rasa dekat nak berdoa dengan yang SATU tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi. Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu.
Hal opis lansung tak ingat. So kat sana tu lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer. Stress ni mmg tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.
BACA : Trips to Bali bagus untuk korang release stress juga
Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. tapi malangnya kandungan luar rahim . So terpaksa lah buang janin tersebut huhuhu .. sedey ya amat.. but……. positive sign yang aku ni boleh concieve.
15. Tabib Cina Phang Oo lang
We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dpt anak, dan.. berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Kira ini adalah herba cina untuk salah satu usaha aku untuk perubatan.
Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.
Again… husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin dan agak acidic. siap kena check kencing dulu and lain lain jugak. mcm dr plak hehhe.
Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive !
Update: disebabkan ramai orang PM selepas entri ni viral.. heheh perlu diingatkan tak semestinya Phang OO lang yg menyebabkan aku dpt concieve tau… mungkin sebab usaha2 sebelum tu… kebetulan jumpa dia kena pada masanya.
however nih alamat Phang OO lang yer.. dah tolong google untuk korang
Phang Oo Lang
Address: Jalan 1, 13100 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Phone: +60 4-575 1921
Emosi kita memang tidak stabil, Bersabarlah
Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni.. kena dua dua pihak sama sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu.
Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal… rasa kita ni ALLAH tak sayang… tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni mmg kami x putus doa. Syukur sangat dapat asben yang sangat sabar.
Baca : Kegagalan yang penuh hikmah
Supplement tambahan untuk hamil
Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu tak sah habaq lah.. macam macam. korang google jer herbs for fertility dan boleh dapatkan di farmasi.
Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..
Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan kawan yang senasib, Jangan Give up okay.
Dan teruskan berdoa! Jangan putus asa dalan Ikhtiar dapatkan zuriat
Now iman dah 8 tahun, kerja mak bapak ini takkan habis. Jom baca pasal Parenting & Iman : Jangan Marah Anak?
Sometimes when I need a miracle, I look into my sons eyes
and realize I already created one
alhamdulillah .. entri aku ni pun dah keluar dalam majalah Pa&ma cuma aku tak sempat nak mencuba jus warisan zuriat, khasiat halba untuk ikhtiar hamil
Tabahnya akak, alhamdulillah apa yang akak usahakan mendatangkan rezeki. Moga Imam membesar jadi anak yang soleh dan tak lupa jasa ibu bapanya. Amin!
Huhuhu.., tu lerr bhgn masing2… dpt gak sorang ni.. alhamdulillah .
Goosebump! tak sangka macam tu sekali ikhitiar korang. Tahniah sebab tak putus asa. Tak boleh bayang perasaan Azni macamane sebab lambat concieve. Nany lambat nak masuk setahun pun dah cuak and risau. Rezeki masing-masing kan Azni? ALLAH S.W.T nak tengok how far we can go with the ujian yang diberikan. Tak boleh bayangkan juga perasaan Azni masa memula dapat tahu pregnant tuh. Thanks for sharing! doakan abang dan kakak ipar juga yer. Dah almost 12 years kawen masih belum ada rezeki. Bab telur ayam kampung tuh lawak oiii..hahaha! jauh betul travel. HAHAHAH! salute la korang! Muahss!
I pun lambat dapat anak, 4 tahun berusaha. 1 kali kena ectopic pregnancy & 1 kali gugur. Kali ke 3 mengandung, Allah bagi bonus dpt kembar 3 terus. Syukur sgt sgt 🙂
haaa.. terus dpt 3 kan
Kesimpulan phang oo lang tu last trial n success??
entah ler abg long… heheh… mungkin ya..mungkin tidak…. mungkin disebabkan usaha usaha sebelum tu…
lepas baca ni mungkin boleh bertenang dan bersyukur walaupun ada sorang anak
huhuhu… itu lah… kena bersyukur sgt sgt
sy jengah blog sis sbb tgk post pasal ketabahan sis kat Siakap Keli. Alhamdullilah…
alhamdulillah… walaupun sorang setakat nih… syukur sgt sgt..
Sis..sy dah 7 tahun masuk tahun..masih tiada zuriat…dah pernah buat operation ada endo…sy pun nak sgt zuriat sis..sama la mcm sis mcm2 dah buat…doakan sy ye…
takpa yana… jgn give up… usaha dak ikhtiar.. mmg sedey kan.. paham..dah lalu semua tu.. tapi kena kuat. but at the end kalau ada rezeki kita.. insyallah…
Usaha n ikhtiar, doa..tp pd masa yg sama jgn stress..sya pregnen slps 8 tahun kawin..insyaallah..
Alhamdulillah
Tahniah sis. saya masih lagi mencuba untuk mendapatkan zuriat. saya orang manong juga tapi tak tahu psl pak cik tu. maybe tak tahu kg kt mana. tq sis share tips
haa itu ler…. saya pun kawan kakak yang bg tau…. nak bg info pun dah tak ingat…
Salam.kisah sis lbih kurang mcm sya, 8 thn kawin bru pregnen..tp dlm tempoh 8 thn tu mcm2 usaha dh buat..laparascopy, iui 3x, buah zuriat(hehe..sama mcm sya..xpasti btl ke caranye)..pi tasik dayang bunting,mngurut,darul syifa, last skali pi umrah..stahun lps umrah bru pregnen..alhmdulilah..skrg doter dh umur 4 thn..syukur la wlupon dpt sorang.
Owh.. yerlah tasik dayang bunting hahah saya terlupa ada juga buat. Masyallah itu lah kita kan nak dpt zuriat. Harapnya anak kita tu akan ingat pengorbanan kit.
Aslkm..sis, t.ksh sharing.. Sy org k.kangsar nk sgt cuba pegi kt manong tu..sis igt ke lokasinya..sy dah masuk 7 thn usaha..risau sbb sy sorg je y bsungguh..umr makin mningkat..
Waalaikumusalam.. maaf sgt2.. mmg x ingat lansung. Rasanya dkt 10 thn lebih. Cuba sis p yang phang oo lang tu ..
Waalaikumusalam . Saya mmg x ingat . Nak dpt anak ni mmg asben n wife kena sama2 kan. Cuba pujuk pelan2
Lepas baca ni.
Boleh cikza ambil sedikit manfaat
Sbb doc sahkan cikza ada pcos
Terima kasih atas sharing berguna
Owh cikza ada pcos.. kena byk senam n jaga diet kan
salam azni…sy pon tgh usaha utk zuriat jgk..alang2 nk ke melaka minggu depan..kt mne ye azni buat urut kaki tu..nk gi try la..
Nama chinese peter, di gajah berang. X tau address . Tp nnt i try locate ikut goolgle maps
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni. Semoga Allah tambah lagi rezeki anak buat cik puan 🙂
alhamdulillah … wpun dah dapat sorang ni pun dah bersyukur sgt dah
saya juga menunggu sehingga 4 tahun, tahun ke 5 berkhawin Allah kurniakan cahaya mata,
Alhamdulilah sekarang dah boleh consult orang pula bab hamil.
usaha mesti suami isteri. tak boleh sebelah pihak. betul sangat kata Puan Azni
kan… kena dua-dua pihak.. kalau dpt harungi dugaan mcm ni buatkan kita lebih kenal pasangan kita.
semoga yang masih beriktiar hamil cepat mendapat zuriat
apa nama herba the boleh kongsi nama herba tue 01111303064
Owh lain org lain diagnosis kut. Dia akan bg nanti ikut tu
salam sis
sis dl makan smp hari subur ke atau terus je mkn even dh lps subur?
alamak… tak ingat pulak saya .. jgn risau .. pergi sana nanti dia akn advice
Salam sis..sya ada 3 botol herba pang oo lang tu..baru mkn xsmpai 1 botol dh stop..sbb dh positif prgnant ( rezeki Allah bagi)..kalo sis nk cuba blh sya bagi sbb kalo simpan pun takut xpired..tapi x pasti plk sesuai ke x..sis kn check dlu la..kalo doc tu sruh mkn herba sama mcm sya..xpa sya bgi sis..nk beli pun blh tahan jgk hrga
Wow… sis pergi bila tu…tumpang seronok. Sis tau psl phang oo lang dr mana ? Tahniaa
salam puan lia.. mahal ke herba pang oo lang tu ? berapa RM ye ?
Masa sya dulu husband and wife dlm rm800 utk 3 bulan course .. tp tgk ubat apa yg diberi
Subhanallah!..Kes awak ni lebih kurang mcm kes sy..2 kali buat laparoscopy n 3 kali HSG..cuma bezanya sy doc syorkan buat IVF terus lps laparoscopy tu..disebabkan sy dah tau tiub fallopio sy sempit atau block sy jadi mcm x confident n almost x percaya dgn rawatan tradisional..sy ada jugak pg mengurut..tp sy x yakin..Sy kagum dgn usaha yg awak n suami awak buat..ruginya selama dah 9 tahun kawin sy x berusaha betsungguh-sungguh mcm awak..Insya’allah lps ni sy akan berikhtiar betsungguh-sungguh dgn suami sy utk mendapatkan zuriat..Sy bercadang nak pg jumpa ustaz buat rawatan islam lps Raya ni dan try mengurut kt tmpt yg kawan sy recommend kn..doakan kami berjaya ya..terima kasih diatas sharing yg awak buat..memberi inspirasi kpd saya..
alhamdulillah .. mmg saya faham untuk semua yang melalui kes sebegini… sbb saya pun lost sgt2. masa tu tak ada info yang banyak untuk saya gugel. dan mmg saya dah berniat nak sampaikan maklumat sebegini bila dah dpt cahaya mata. Teruskan usaha yer. saya doakan puan juga akan berjaya mendapat zuriat nnt.
Salam sis..sya ada 3 botol herba pang oo lang tu..baru mkn xsmpai 1 botol dh stop..sbb dh positif prgnant ( rezeki Allah bagi)..kalo sis nk cuba blh sya bagi sbb kalo simpan pun takut xpired..tapi x pasti plk sesuai ke x..sis kn check dlu la..kalo doc tu sruh mkn herba sama mcm sya..xpa sya bgi sis..nk beli pun blh tahan jgk hrga
hi sis, saya baru je pergi phang oo lang. dia bg pil yun bao. kena amek 4 biji 3 x sehari.sama ke dengan sis?
hi sis. sis dh consume ke. cmne. ada positif tak. sy pn br nk mkn pil ni
Salam. Ada lagi ke sis? Macamana nak contact? Tq
Saya tukang urut saraf wanita yang berpenglaman
boleh cuba urut dengan saya bagi mengatasi masalah dalaman wanita
ikhtiar hamil, senggugut, period tak teratut, DINGIN dan tiada langsung nafsu bersama suami
wasap saya di 01110697986 (Kak Kin)
Ramai yang mendapat rawatan dari saya, berjaya hamil danh pulih dari penyakit2 dalaman wanita
Lokasi saya di Puchong Selangor
Selain ada sijil kemahiran malaysia dan juruterapi saya juga memliki bakat mengurut turun termurun dari nenek moyang saya.
✔Urutan Kesuburan Untuk Wanita
Fungsi untuk lancarkan haid, elak kan senggugut, suburkan rahim, juga sebagai *IKHTIAR HAMIL*
Mengelakkan dari terkena penyakit dalam rahim spt fibroid dan cyst juga *KANSER* memulih kan masalah wanita yang
*DINGIN UTK BERSAMA SUAMI*
*TEKNIK URUTAN YANG DARI YANG LAIN*
SENGKAK PERANAKAN
SENGKAK BELAKANG
URUTAN TEPI TULANG SULBI
SARAF URAT SUM
SARAF CAWAN MUKA
URAT DALAM PEHA
DLL POINT ISTIMEWA YANG MEMANG JARANG2 TUKANG URUT LAIN PEGANG KECUALI YANG BELAJAR TEKNIK URUTAN SUBUR RAHIM
📲 Kalau nak cuba boleh whtsapp 01110697986
Klik Whtsapp :
http://www.wasap.my/601110697986/UrutanSuburRahimIsteriDaraSunti
Saya baru jumpa artikel sis… terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman.. sy pn dh masuk 7 thun nie tgh iktiar hamil.. saya harap saya xputus asa. doakan saya.
insyallah .. jangan putusa harapan yer … ramai lagi yg senasib dengan kita.. doa dan terus doa
Insyallah. Ada rezeki Allah bagi. Teruskan usaha puan.
Salam sis…saya nak tanya rawatan tabib pang oo lang tu …sis saja rawatan utk hamil atau husband sekali…
dua dua kena pergi sis. senang dia tgk apa masalah kedua pasangan