10 Jenama besar F&B di R&R lebuh raya

PLUS telah membuat pembaharuan lagi dengan membuat kerjasama dengan 10 jenama besar F&B di R&R PLUS. So watch out guys... nanti korang akan nampak jenama- jenama yang best di R&R tertentu. Bukan lagi menu yang biasa biasa. Maka banyak lagi lah pilihan yang korang akan dapat dalam memenuhi selera semua orang.

Majoriti dari kita memang confirm akan singgah di R&R untuk mendapatkan makanan dan minuman atau melepaskan hajat. Memang penting sangat kewujudan R&R di PLUS highway untuk aku and family eh! rasanya utk semua oranglahkan.

 

Signing Ceremony dengan 10 jenama Besar

 

Abis tu kalau dah berjam jam di atas jalan raya mestilah kita kena renggangkan badan kita. Buang apa yang patut dan isi perut juga. Kalau dak gigil hehehe tambah tambah yang ada anak kecil. Pasti mereka merengek kalau perut tidak diisi

10 Jenama besar F&B di R&R

Selera orang kan pelbagai, jadi PLUS telah mengambil inisiatif dengan merevolusikan kawasan R&R di lebuh raya dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Jenama tersebut adalah

  • Starbucks
  • Krispy Kreme
  • Harold’s Bread
  • Mohd Chan
  • Famous Amos
  • A&W
  • Dunkin Donuts
  • MyNews
  • Kenny Rogers
  • Nasi Kandar Line Clear

Amacam.. menarik tak?

10 Jenama Besar dalam bidang F&B

 

Aku memang tertarik dengan presentation yang dikongsikan oleh Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dengan supporting visual yang best! Segala yang bermula dengan survey untuk memulakan sesuatu inisiatif ini memang aku sokong. Jadi segala usaha yang akan dilaksanakan nanti akan lebih bermakna untuk para pelanggan yang akan mengunjungi setiap R&R.

“Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenalpasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya.

Atas survey yang dilakukan PLUS terus mengorak langkan dengan strategi baru mereka dengan memberi fokus terhadap jenama yang mempunyai pengikut yang besar. PLUS percaya  dalam dunia digital media sosial ia telah mencorak  serta tabiat pemakanan masyarakat masakini.  Pelanggan sanggup berbelanja lebih dalam makanan, hiburan, dan percutian dimana mereka suka membeli “pengalaman” berbanding dengan ” Produk”.

Medan Selera yang biasa bukan lagi menjadi pilihan pelanggan menurut PLUS. Justeru itu bermula tahun ini, PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R.

10 Jenama besar F&B

Mohd chan outlet akan berada di R&R

 

Bagi pengalaman aku sendiri, aku sememangnya prefer makanan yang lebih light dan boleh dimakan di dalam kereta kerana aku pilih untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Secawan coffee starbuck dan donuts dari dunkin donuts memang menjadi pilihan aku sejak dari dulu.

 

Plus R&R rawang

Jom pekena coffee machiato segelas

 

Dan sekarang ada satu jenama roti yang  sangat menarik untuk bagi aku iaitu jenama Harold’s Bread. Surprisingly kualiti kek dan roti yang disediakan memang sangat osem. hahah sori aku sedikit bias sebab aku rasa memang susah untuk mencapai tahap selera kek dark chocolate yang aku suka. Yang ini memang cukup rasa ke ‘dark’ an chocholatenya.  Confirm aku akan jadi pilihan untuk aku tapau dalam perjalanan nanti.

 

Tart tu memang sangat sedap

 

Salah satu info yang menarik dari speech yang aku dengar mereka merasakan selain menyediakan makanan yang pelbagai variasi tapi mereka dalam proses mentransformasikan R&R sebagai pusat atau hub komuniti dimana mereka boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga.  Ada betul juga, acap kali dalam perjalanan kemana-mana aku tengok banyak geng-geng motor berkumpul terlebih dahulu di setiap R&R

Aplikasi BOOST dan Visa Paywave

PLUS juga telah memulakan pembayaran tanpa tunai dengan projek perintis di R&R ayer keroh (arah selatan) dan melalui Visa Paywave di di R&R dengkil. Hurm mudah sangat ni. Sebab aku antara orang yang selalu terlupa untuk mengeluarkan wang tunai. Aku sokong segala yang memudahkan pelanggan

Inisiatif PLUS memang terbaik

Pengalaman travel ke negara lain membuatkan aku boleh membuat perbandingan, R&R negara kita memang mencapai tahap seperti di luar negara seperti negara maju US dan UK. Kiranya memang bangga jugalah bila kita punya servis yang sebegini baik.  Jauh berbeza meninggalkan  Negara di middle east.  R&R seperti ini juga merupakan “window” orang luar terhadap negara kita. Bagi aku sangat memalukan kalau kita gagal mentikberatkan servis dan perkhidmatan yang baik. Dari segi pemilihan makanan, tempat duduk yang selesa dan paling penting toilet yang banyak. Tapi yerlah bila musim perayaan memang selalunya jam dan padat.

 

10 Jenama besar F&B

Donut’s krispy creme pun ada ada tau

 

Cumanya, kalaulah kita sebagai rakyat Malaysia pula dapat menyumbangkan sedikit usaha dengan menghantar tray makanan di tempat pengumpulan mungkin akan lebih baik.  Mungkin pihak PLUS boleh educate atau create awareness untuk mendidik rakyat malaysia akan lebih prihatin supaya ramai boleh menikmati makanan dengan lebih cepat.

Cuma yang aku risaukan sekarang pilihan makanan untuk keluarga yang kurang berkemampuan dalam memilih makanan ataupun anak anak sekolah yang sering mengikuti rombongan kemana-mana. Diharapkan harga yang ditetapkan adalah mampu milik. Semoga pihak PLUS tetap memandang mereka sebagai pelanggan utama.

Untuk Kedai yang sedia ada pula aku yakin, pelanggan yang pilih untuk makan wajib seperti nasi lemak, mee kari, laksa tetap menjadi tumpuan para pengunjung kerana rasa setiap orang itu berbeza

 

20 Comments

  1. sheila October 8, 2018
  2. YB Shehan October 8, 2018
  3. Nina Mirza October 8, 2018
  4. JULIA JOHARI October 8, 2018
  5. fizafantagiro October 8, 2018
  6. Izanalia Zainal October 8, 2018
    • azni October 8, 2018
  7. Huda October 8, 2018
    • azni October 8, 2018
  8. Ema October 8, 2018
  9. farah wahida October 8, 2018
  10. sohoque October 8, 2018
    • azni October 8, 2018
  11. Qaseh October 8, 2018
  12. ai October 8, 2018
  13. Mariana October 8, 2018
  14. mas saari October 8, 2018
  15. Eyqa Hasnan October 8, 2018
  16. Mama Kembar Tiga October 8, 2018
  17. Nadia Johari October 9, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!